RANGKAIAN HOTEL HILTON SAJIKAN MENU UNTUK DIBAWA PULANG



Rangkaian Hotel Hilton membawakan 'Chup! Makan Dulu', sebuah menu bawa-pulang yang menampilkan hidangan-hidangan popular dari restoran-restoran dari hotel tersebut. 

Promosi 'Chup! Makan Dulu' boleh didapati dengan harga RM30 sehingga RM1650 untuk pilihan dalam set, mulai 23 April sehingga 23 Mei 2020. Antara restoran yang menawarkan promosi ini adalah Makan Kitchen, Vasco’s, Paya Serai, Garden Grille, Urban Kitchen dan Waterfront Cafe, dengan menyajikan pelbagai masakan tradisional 'Kampung', serta masakan Melayu, Cina dan India yang menggunakan rempah-ratus tempatan. 


Nikmati makanan kegemaran anda dari rangkaian Hotel Hilton di Malaysia seperti 'Nasi Lemak' yang dihidangkan dengan ayam goreng, sambal udang, telur rebus, ikan bilis, kacang tanah & acar, 'Bubur Lambuk Pak Pander' – bubur ayam dengan jintan putih, halia, serai, santan dan bawang goreng dan daun bawang, 'Sup Berempah Pak Deli'– daging rusuk, ekor, paru, hirisan daging, lidah dan kambing dimakan dengan sambal kicap, sambal merah utara, daun bawang dan bawang goreng, 'Daging Masak Hitam Berempah' – daging dalam sos kicap, bunga lawang, kayu manis, jintan, asam gelugor dan kas-kas, dan banyak lagi pilihan hidangan tempatan. 

Lengkapkan sajian anda dengan pemanis mulut seperti Kuih Melayu, Pengat Durian Sago, Durian Tempura dan banyak lagi. Hilangkan dahaga dengan Bandung Laici and Minuman Kurma dan sebagainya. 


Semua pilihan menu boleh didapati melalui aplikasi TABLEAPP. 

Menu 'Chup! Makan Dulu' boleh didapati secara ambil sendiri (pick-up) dan penghantaran  mulai 8 pagi – 8 malam setiap hari. 

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila layari: 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM