SNAPCHAT BANTU KEKALKAN HUBUNGAN DIGITAL KETIKA PKP
Walaupun Malaysia telah memperluas Perintah Pengawalan Pergerakan untuk terus meratakan lengungan jangkitan COVID-19, penjarakan sosial merupakan masa yang sepi terutamanya bagi para belia kita.
Data baharu dari Snap Inc. mendedahkan 66% anak muda Malaysia berhubungan dengan rakan dan keluarga terdekat, sementara 36% masih focus untuk menerima maklumat keadaan semasa.
Data pengundian Snapchatter di Malaysia mendedahkan:
● Keprihatinan yang meningkat bagi keluarga dan rakan. Bagi majoriti responden, perhatian utama mereka adalah orang yang mereka sayangi, dengan 72% Snapchatter menyatakan bahawa mereka sangat prihatin terhadap kesihatan rakan atau keluarga mereka. Hanya 59% lebih mementingkan kesihatan diri.
● Keperluan untuk terus mendapat maklumat mengenai protokol kesihatan dan keselamatan. Majoriti (64%) Snapchatter di Malaysia merasakan mereka mempunyai maklumat yang cukup mengenai cara untuk sentiasa berada dalam keadaan selamat. Sementara itu, 41% ingin mendapat lebih banyak maklumat mengenai apa yang harus dilakukan jika mereka dijangkiti wabak COVID-19, dan sebahagian daripada responden (31%) percaya bahawa maklumat tambahan mengenai cara mengatasi tekanan dan kegelisahan akan membantu mereka mengharungi masa ini.
● Keinginan untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga terdekat. Majoriti daripada Snapchatter di Malaysia telah menggunakan platform untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga (66%). Sementara itu, sebahagian daripada mereka tumpuan kepada aktiviti lain seperti menonton rancangan TV dan filem (69%) sebagai cara untuk mencari ketenangan. Walaupun keadaannya kelihatan sukar pada masa ini, 73% telah mengatakan bahawa menghabiskan masa yang berkualiti dengan rakan dan keluarga adalah hasil positif dari situasi ini.
● Kesan gaya hidup dan menyesuaikan diri dengan 'kebiasaan baru '. Penjarakan sosial akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita selepas ini. Snapchatter di Malaysia (64%) prihatin tentang bagaimana pendidikan mereka akan terjejas, dan lebih daripada separuh responden (52%) ingin mempunyai lebih banyak petua tentang cara belajar dan bekerja dari rumah dengan cekap kerana mereka ingin memastikan kehidupan mereka terus berjalan walaupun dalam keadaan sukar semasa.
Pakar Perunding Psikologi Kanak-kanak, Cik Katyana Azman, mencadangkan cara untuk tetap tenang dan mendorong rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi untuk terus berhubung dengan orang tersayang untuk mengatasi kebimbangan mengenai wabak semasa dan juga perasaan terasing.
“Sebagai manusia, kita memang selalu berkomunikasi dan berinteraksi. Pada masa yang sukar ini, salah satu faktor penyumbang terbesar kepada perasaan tertekan adalah hakikat bahawa kita perlu mengasingkan diri dari berinteraksi dengan orang lain secara fizikal. Saya berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengatasi perasaan ini adalah dengan menggunakan platform sosial atau platform messaging untuk menyebarkan positiviti kepada orang-orang di sekitar kita. Kita harus menumpukan lebih perhatian pada perkara yang baik daripada yang buruk, dan ianya akan membantu kita semua untuk mendorong ke harapan,” kata Katyana.
“Sangat penting untuk mencari jalan yang terbaik untuk memastikan tahap hubungan dan interaksi tertentu terjaga. Teknologi telah membolehkan kita merapatkan jurang itu dengan indah. Walaupun kita mungkin tidak dapat melakukan kontak tatap muka, panggilan video atau persidangan adalah perantara yang baik, ”tambahnya.
Snap tetap komited untuk menghubungkan rakan karib dan memastikan komuniti dikemas kini dengan akses ke maklumat berdasarkan fakta yang dipercayai di platformnya. Sebagai tindak balas terhadap wabak tersebut, Snap telah bekerjasama dengan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam melancarkan serangkaian filter yang dapat membantu penguna Snapchat mengenai amalan kebersihan yang baik, ianya juga melancarkan pelekat Bitmoji bertema kesihatan yang merangkumi frasa seperti, "Cuci tangan anda ","Tinggal di rumah jika anda merasa sakit" dan "Jangan sentuh wajah anda" sebagai cara yang menyeronokkan untuk mengingatkan Snapchatter untuk mempraktikkan kebersihan yang wajar. Lensa yang baru dilancarkan juga membolehkan Snapchatter menderma kepada dana bantuan WHO's COVID-19.
"Snapchat dicipta berbeza dari media tradisional. Kami bekerja keras untuk mewujudkan persekitaran positif untuk komuniti kami dan memastikan Snapchatter mempunyai akses ke maklumat berdasarkan fakta yang boleh dipercayai. Kandungan di platform Discover kami disusun dan dimoderasi, dan kami bekerjasama dengan hanya sekumpulan rakan terpilih, termasuk beberapa organisasi berita yang paling dipercayai di seluruh dunia, untuk mengembangkan kandungan berdasarkan fakta untuk komuniti kami," kata Nana Murugesan, Managing Director, International Markets, Snap Inc.
Comments
Post a Comment