TOKTI & FATTAH BAKAL MERIAHKAN TIKTOK #STAYATHOME LIVE SPECIALS



Penyanyi berstatus legenda, Dato' Sri Siti Nurhaliza (mesra dengan panggilan TokTi) dan pelakon popular (dan bakal bapa!) Fattah Amin bakal memeriahkan program istimewa TikTok #StayAtHome Live! pada 21 dan 22 April. Para peminat dan penggemar aplikasi TikTok berpeluang untuk berinteraksi dengan mereka untuk satu jam di program tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan disediakan adalah:

  • Sesi bertemu peminat: Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Fattah Amin bakal memulakan siaran TikTok livestream dengan sesi “meet and greet” dengan para peminat mereka.
  • Muzik Live: Ini kan diikuti dengan persembahan ekslusif daripada mereka, iaitu single terbaharu Bebas daripada Fattah Amin dan 7 Nasihat daripada  Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
  • Sesi Q & A: Para peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Fattah Amin berpeluang utnuk bertanyakan soalan-soalan kepada selebtiti kegemaran mereka secara santai.
  • Cabaran TikTok
Jangan lupa bersama Fattah Amin pada 21 April, 9.00 -10.00 malam dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 22 April, 9.30 - 10.30 malam, secara eksklusif di TikTok #StayAtHome Live! Specials.

TikTok boleh didapati di 150 negara dan rantau dalam 75 bahasa. Muat turun aplikasi TikTok melalui iOS atau Google Play dan ikuti TikTok #StayAtHome Live! Specials setiap minggu untuk program istimewa.

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

PANDUAN RINGKAS UNTUK WANITA KEKAL KONSISTEN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

HOLISTIC WAY PERKENAL EMPAT PRODUK BAHARU UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT & CERGAS