BERHATI-HATI, IKRAR SELAMAT DENGAN VOLVO CAR MALAYSIA
Bulan Ramadan yang mulia ini menyaksikan Volvo Car Malaysia berikrar memberikan sokongan berterusan untuk penjarakan sosial melalui kempen ikrar secara dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan baru-baru ini. Melalui kempen Ikrar Ramadan Selamat (Ramadan Safe Pledge), Volvo Car Malaysia akan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia yang berikrar untuk mengekalkan penjarakan sosial dengan baucar GrabFood bernilai RM10.
Kempen ini akan berlangsung dari 4 hingga 23 Mei 2020, dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari, dan bakal diadakan di tapak mikro – http://bit.ly/MYVolvoSafePledge, dengan ikrar yang dimuat naik oleh peserta di Instagram. Untuk tempoh 20 hari, Volvo Car Malaysia akan memberi 10,000 baucar bernilai RM100,000.
Nalin Jain, pengarah urusan di Volvo Car Malaysia berkata: “Tidak dapat dinafikan bahawa kita semua terkesan oleh COVID-19 dan pelaksanaan PKP bermakna kita perlu mengamalkan norma baru dalam kehidupan seharian kita. Walaupun sesetengah perniagaan dibenarkan untuk beroperasi, majoriti daripada kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.
“Jadi, kami mahu lakukan apa yang kami boleh untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Maka terlahirlah kempen Ikrar Ramadan Selamat yang menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk menguatkan lagi komitmen ‘duduk di rumah’ mereka. Setiap ikrar yang terpilih akan diberi ganjaran baucar. Lebih daripada itu, ini adalah ikrar dalam diri setiap orang untuk memainkan peranan mereka dalam meratakan lengkungan, ketika para profesional penjagaan kesihatan terus berusaha melindungi dan menyelamatkan nyawa.”
“Kami berharap 500 baucar yang kami berikan setiap hari ini akan membolehkan seramai mungkin orang untuk membeli keperluan seperti makanan dan barangan dapur, dari rumah yang selamat. Ideologi keselamatan menjadi daya pemanduan asas bagi Volvo, jadi kempen ini benar-benar menggemakan etologi kami dan membolehkan kami untuk terus menyumbang kepada masyarakat.”
Ikrar untuk Penjarakan Sosial
Sangat mudah untuk menyertai kempen ini. Peserta hanya perlu menunjukkan solidariti dengan membuat hantaran semula di Instagram, satu daripada lima imej yang ditemui di laman mikro kempen Ikrar Ramadan Selamat Volvo. Sebagai alternatif, ikrar ini boleh dilakukan terus melalui halaman Instagram Volvo Car Malaysia dengan klik pada pautan dalam bio atau melalui Instagram Stories.
Semua hantaran perlu meletakkan tag @VolvoCarMalaysia, diikuti dengan tanda pagar #MYVolvoSafePledge. Baucar akan diemel terus kepada peserta yang berjaya melalui alamat emel yang digunakan untuk menandatangi ikrar tersebut. Setiap baucar mempunyai tempoh sah laku selama enam bulan dan peserta yang berjaya akan dipilih setiap hari, berdasarkan “siapa cepat, dia dapat”.
Kelayakan
Setiap akaun Instagram hanya boleh menyertai sekali sahaja. Volvo Car Malaysia akan memilih 500 entri pertama setiap hari, dan sepanjang tempoh 20 hari kempen ini, akan memberikan sebanyak 10,000 baucar.
“Sedikit sebanyak ia membantu rakyat untuk melakukan perkara yang betul dan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami mahu memberi kembali dalam apa juga cara yang kami boleh. Sebagai jenama kereta yang sebati dengan rakyat Malaysia dan membawa banyak kenangan indah, kami harap melalui kempen ini, kami boleh membantu meringankan cabaran yang mungkin dihadapi dalam tempoh ini kerana kita bersama-sama dalam perkara ini, dan sedikit bantuan tetap bermakna. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada rakan Muslim dan semoga mereka diberi keberkatan sempena bulan yang mulia ini,” kata Jain.
Eksklusif Raya
Bersempena dengan Hari Raya, Volvo Car Malaysia akan melancarkan tawaran istimewa bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2020.
Volvo Car Malaysia menawarkan pakej perkhidmatan penyelenggaraan selama lima tahun (VSA5+) untuk pemilik baru dan semua model kereta. Di samping itu, Volvo Car Malaysia akan memberi pakej Recharge untuk model terpilih bernilai sehingga RM30,888 dan Hager Wallbox untuk varian PHEV terpilih bernilai sehingga RM8,000. Sebagai tambahan, sebarang tempahan yang dibuat secara dalam talian akan menerima pakej Polestar Optimisation percuma bernilai RM5,200. Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran istimewa ini, sila hubungi pengedar Volvo Car pilihan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ikrar Ramadan Selamat atau Promosi Raya, sila lawati http://bit.ly/MYVolvoSafePledge atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG bagi mendapatkan lebih banyak makluman terkini.
Untuk tempahan dalam talian, sila kunjungi pautan ini: http://bit.ly/VolvoMY-booking
Comments
Post a Comment