BMW MALAYSIA UMUM SUBSIDI KERUSI KERETA KANAK-KANAK



BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation telah mengumumkan pelancaran fasa kedua program subsidi kerusi kereta kanak-kanak buat ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40. Program ini dibelakangi oleh Shopee sebagai rakan e-dagang eksklusif, termasuk rakan-rakan penaung yang lain seperti KU.KU Duckbill dan Otomo, iaitu jenama barangan bayi dan kanak-kanak; Mideer, pengedar permainan dan alat mainan didikan; Ankou, pembekal solusi pengedap stor makanan; dan Kakimotor, pembekal alat ganti dan aksesori kereta. 

Atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, program subsidi ini telah diperkenalkan pada bulan Disember 2019 bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation yang telah menyaksikan 150 buah kerusi kereta kanak-kanak ditawarkan pada harga bersubsidi bernilai RM100 seunit. Inisiatif berkenaan telah meraih lebih daripada 25,000 pendaftaran oleh ibu bapa dalam kumpulan pendapatan B40. 

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia sementara itu berkata, “Matlamat kami melalui inisiatif ini adalah untuk mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak secara intuitif; yakni sebagai amalan yang dipupuk oleh para ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka terpelihara di dalam kereta. Kami berbesar hati kerana jenama-jenama ini bukan sahaja membantu kami menaungi kepentingan kerusi kereta kanak-kanak, malah menjadikan kerusi khas ini lebih mudah untuk diakses oleh golongan dalam kumpulan pendapatan B40. Kami berharap lebih ramai pihak akan menyertai kami untuk memikul tanggungjawab bersama ini sambil kita mendepani sebuah arus perubahan positif.” 

Fasa kedua program subsidi berkenaan akan memberi tumpuan untuk melengkapi para pendaftar yang berbaki daripada fasa pertama dengan aneka kerusi kereta kanak-kanak yang dirumus khas untuk bayi dari julat usia baru lahir hingga berat mereka mencecah 36 kg. Ia meliputi kerusi kereta bayi snskidz Ace (sesuai dari usia kelahiran hingga berat mencecah 13kg), kerusi kereta kanak-kanak snskidz Sport (sesuai dari usia kelahiran hingga berat mencecah 18kg), serta snskidz Proto (sesuai dari usia 2 tahun hingga berat mencecah 36kg). Kesemua kerusi kereta kanak-kanak snskidz hadir dengan sijil piawaian ECE R44-04. 

Setiap kerusi kereta kanak-kanak snskidz akan ditawarkan dengan amaun subsidi berjumlah RM50, berserta diskaun harga oleh Safe ‘n Sound yang eksklusif bagi para benefisiari program subsidi ini. Snskidz Ace akan ditawarkan dengan subsidi pada harga RM99 (RRP: RM199), manakala snskidz Sport dan snskidz Proto masing-masing akan ditawarkan pada harga RM169 (RRP: RM269) dan RM249 (RM349). 

Benefisiari program subsidi ini akan diberikan baucar Shopee bernilai RM113 yang boleh digunakan ketika membuat pembelian di laman mikro khas ini: https://shopee.com.my/m/bmw-child-safety-seat-subsidy-programme.

Untuk mempercepatkan proses pengagihan kerusi kereta kanak-kanak kepada 25,000 pendaftar yang pertama, BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation juga bakal membuka tabung dana awam di laman mikro berkenaan. Tiada jumlah sumbangan minimum yang ditetapkan. Kesemua dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Childline Foundation untuk mensubsidikan sebanyak kerusi kereta kanak-kanak yang mungkin bagi pendaftar yang berbaki. 

“Rakan-rakan penaung baharu yang tampil untuk membantu hadir tepat pada waktunya, khususnya menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kami ingin melanjutkan seruan kepada para individu, rakan kongsi dan syarikat di luar sana yang mampu membantu mensubsidikan kerusi khas ini untuk menyertai usaha kami agar kerusi keselamatan kanak-kanak menjadi keutamaan dalam kalangan ibu bapa – sama ada dengan meningkatkan kesedaran mengenai topik ini melalui pendidikan, menjadikan kerusi kereta kanak-kanak lebih mudah untuk diakses, atau menyertai program subsidi kami. Kami berhasrat untuk memangkin proses pengagihan dengan bantuan dan sokongan warga Malaysia di seluruh negara,” ujar Ambi. 

Tambah Ambi lagi, “Sempena musim lebaran yang bakal tiba, BMW Group Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan ingin menitipkan pesanan agar para keluarga menjaga keselamatan masing-masing ketika mengunjungi insan tersayang pada hari perayaan yang pertama.”

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI