COVID-19: I SYNERGY GROUP HULURKAN BANTUAN RM30 JUTA

Dato' Lawrence Teo, Founder and Managing Director of iSYNERGY.

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif kepada ekonomi Malaysia dimana ia memberi tempias kepada perniagaan kecil dan kumpulan rentan yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah. Akibat masalah ini, syarikat perkhidmatan dan penyelesaian tempatan terkemuka I Synergy Group (iSynergy) baru-baru ini telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM30 juta yang bukan sahaja dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), rakyat negara dan para usahawan, malah ia juga turut membantu penyesuaian rakyat untuk norma budaya kehidupan yang baharu sambil mempercepatkan proses pendigitan secara serentak. 

Keadaan semasa memaksa perniagaan mencari pilihan dan penyelesaian untuk terus beroperasi dan oleh itu, pakej rangsangan bernilai RM10 juta diperuntukkan bagi bakal pedagang untuk menyertai program loyalty universal dalam talian ke luar talian iSYNERGY iaitu MY Smart Shopper (MSS) dengan kredit percuma, dimana para pedagang tidak akan dicaj untuk jumlah urus niaga MSS yang telah ditetapkan bergantung pada kategori pedagang. 

Dato’ Lawrence Teo, Pengasas dan Pengarah Urusan iSYNERGY berkata, “Rakyat kini berada dalam situasi yang bermasalah. Kami menyedari cabaran yang dihadapi oleh semua dan sebagai satu-satunya inisiatif swasta, kami akan memberi sumbangan lalu melengkapkan usaha kerajaan untuk meringankan beban keadaan. Ia merupakan satu tanggungjawab sosial bagi kami untuk membantu memulihkan ekonomi dengan mempergunakan ekosistem yang lengkap dan canggih, sesuatu yang kami miliki.” 

Oleh kerana keadaan pasaran yang tidak menentu, PKS kian risau akibat penurunan keseluruhan perbelanjaan pengguna dalam kebanyakan sektor. Untuk mendorong perbelanjaan, iSYNERGY akan menyediakan RM4.5 juta dalam bentuk pulangan tunai dan ganjaran waktu krisis Covid-19 ini. Pengguna yang berbelanja melalui MSS, sama ada dalam talian atau luar talian, akan menerima wang tunai dan ganjaran berjumlah 5-8% dalam bentuk penjimatan untuk perbelanjaan mereka. 

iSYNERGY juga sedang mengembangkan platform e-dagang sosial, MSS Mall, yang akan dilancarkan pada suku ketiga 2020. MSS Mall akan menyediakan keupayaan e-dagang untuk peniaga luar talian pada masa di mana kebanyakan pengguna berbelanja dalam talian untuk membeli produk dari keselesaan rumah. iSYNERGY juga memahami bahawa pada waktu ini, isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana sedang mengalami masalah untuk membeli keperluan harian dan oleh itu, syarikat tersebut berhasrat untuk mengatasi masalah yang dihadapi golongan ini dengan MSS Mall. 

“MSS Mall menumpukan perhatian kepada pembelian berkumpulan dan pukal, dan kami menganggarkan penjimatan sehingga 60% untuk setiap isi rumah," tegas Dato’ Lawrence. “Inisiatif kami adalah untuk memastikan para pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan sementara memberi apa yang diperlukan PKS untuk terus bertahan.” 

Sebagai tindak balas kepada peramalan kenaikan kadar pengangguran, iSYNERGY juga telah memperuntukkan RM15.5 juta khas buat para usahawan untuk bergabung dengan Affiliate Junction (AJ) - platform keusahawanan digital yang fokus pada pemasaran afiliasi dan pembinaan kemahiran keusahawanan. iSYNERGY memberikan subsidi 50% untuk yuran keusahawanan AJ. Dengan menyertai platform ini, usahawan digital AJ mempunyai akses ke pelbagai program dimana mereka dapat memperoleh pendapatan melalui aktiviti pemasaran gabungan. 

“Selama iSYNERGY berada dalam perniagaan, kami selalu berusaha untuk menyediakan ekosistem yang mampan untuk rakyat dan ekonomi tempatan," jelas Dato’ Lawrence. “Pada waktu pandemik Covid-19 ini, kami lebih komited dalam pemberian sokongan kewangan, sosial, dan teknologi kepada para pengguna, PKS, dan para pengusaha yang mengambil bahagian.” 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi iSYNERGY, sila e-melkan pertanyaan anda kepada contact@mss.co

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!