NESTLÉ #SKUADKEBAIKAN MILO®: KIRIMAN KEBAIKAN BERKHASIAT

Sukarelawan Food Aid Foundation bertugas mengagihkan bahan makanan menerusi kiriman #SkuadKebaikan MILO®.  

Tujuh pertubuhan kebajikan di seluruh Malaysia telah mula menerima kiriman produk Nestlé melalui #SkuadKebaikan MILO® hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia menerusi pembelian dalam talian Shopee sepanjang bulan Ramadan ini. 

#SkuadKebaikan MILO® merupakan kempen yang dilancarkan oleh jenama minuman malt coklat berkhasiat kegemaran rakyat itu dengan kerjasama laman e-dagang Shopee yang menyatukan komuniti dalam talian di Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kempen yang sedang berlangsung sehingga 23 Mei ini memberikan peluang kepada pelanggan dalam talian untuk menyampaikan sumbangan pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk MILO® serta produk Nestlé yang lain bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu. 

Kesemua pembelian pek ‘bundle’ #SkuadKebaikan MILO® didermakan dan diagihkan secara sama rata kepada tujuh pertubuhan kebajikan tersebut yang masing-masing membantu golongan yang memerlukan, termasuk keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang terkesan oleh COVID-19. Pertubuhan yang dimaksudkan ialah Food Aid Foundation, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur, Yellow House Kuala Lumpur, Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Pesona, Persatuan Kebajikan Ummah dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare). 

Selain itu, MILO® turut menyumbangkan 10% daripada hasil penjualan produk MILO® serbuk dan MILO® Mixes yang lain di Shopee sepanjang tempoh kempen #SkuadKebaikan MILO® dalam bentuk produk Nestlé kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama. 

Pada April lalu, Nestlé Malaysia telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM15 juta menerusi Nestlé Cares serta inisiatif-inisiatif lain yang disokong oleh pelbagai jenama di bawah Syarikat itu. 

Maria Murni Nur Azmi, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO®, Nestlé Malaysia berkata beliau amat terharu dengan sokongan serta keprihatinan rakyat untuk saling bantu-membantu walaupun terpaksa menjaga jarak antara satu sama lain pada ketika ini. “Jarak bukanlah penghalang untuk berkongsi kebaikan. Oleh itu, kami amat menghargai sumbangan rakyat dalam usaha bersama kita jaga kita agar kebaikan berkhasiat ini dapat dimanfaatkan oleh semua.” Tambah beliau, lebih 600 pek ‘bundle’ #SkuadKebaikan MILO® telah dijual setakat ini. 

“Kami berharap kiriman #SkuadKebaikan MILO® ini dapat meringankan beban komuniti yang dibantu selain membekalkan zat makanan yang diperlukan untuk melangkah jauh seterusnya.” 

Yayasan Sultanah Bahiyah merupakan salah satu pertububuhan kebajikan yang menerima bantuan kempen #SkuadKebaikan MILO®.  

Bagi Food Aid Foundation, sumbangan ini amat dialu-alukan ketika usaha untuk menampung keperluan keluarga dan komuniti yang dibantunya sedang memuncak. Menurut Pengasas, Rick Chee, “Kami sedang giat melipatgandakan usaha kami di seluruh negara di mana impak COVID-19 telah menyebabkan ramai kehilangan punca pendapatan. Situasi ini semakin kritikal lebih-lebih lagi sekarang menjelang Hari Raya Aidilfitri. Keluarga yang terjejas ini, termasuk golongan miskin bandar di sekitar Lembah Kelang, langsung tidak berkemampuan sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya pada bekalan bank makanan kami untuk kelangsungan hidup.”

Sementara itu, di Kedah tempat Yayasan Sultanah Bahiyah beroperasi, kiriman #SkuadKebaikan MILO® akan dimanfaatkan oleh komuniti di kawasan pedalaman di mana bekalan makanan semakin terhad disebabkan oleh impak COVID-19. “Sebilangan besar penerima bantuan kami masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu. Kami bersyukur kerana sumbangan #SkuadKebaikan MILO® ini setidak-tidaknya memastikan mereka tidak terputus bekalan bahan asas pada waktu getir ini,” kata Pengurus Besar, Misbah Binti Dato’ Haji Abdul Hamid. 

Kempen #SkuadKebaikan MILO® tamat pada 23 Mei 2020. Untuk menyampaikan sumbangan serta berkongsi kebaikan tenaga berkhasiat MILO®, layari http://shopee.com.my/milo

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!