DIGI & AXA AFFIN BEKERJASAMA TAWAR PELAN PRABAYAR TERBAHARU
Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) bersama AXA Affin Life Insurance menawarkan Digi Abadi, pelan internet prabayar pertama di Malaysia yang didatangkan bersama perlindungan insurans hayat percuma. Pelan prabayar edisi terhad ini adalah usaha kedua-dua syarikat untuk memastikan rakyat Malaysia terus terhubung dan dilindungi dengan baik terutamanya ketika kesihatan menjadi perkara utama masyarakat pada masa ini.
1 pelan
Internet dengan 2 nilai hebat
Digi Abadi
menggabungkan penyambungan internet dan perlindungan insurans dalam satu pelan.
Boleh didapati secara eksklusif di Digi
Online Store buat 100,000 pelanggan, pelan ini terbuka untuk semua rakyat
Malaysia yang layak, berumur 30 hingga 55 tahun.
Untuk
melanggan Digi Abadi, pelanggan perlu membeli pek permulaan yang berharga RM28
yang telah dimuatkan dengan perlindungan insurans hayat sehingga RM40,000 untuk
kematian, kematian akibat kemalangan dan perbelanjaan pengebumian tanpa
sebarang kos tambahan. Pelan ini juga menawarkan kuota internet berkelajuan 3GB
dengan tempoh sah selama 30 hari, 10 sen/minit untuk panggilan dan SMS ke semua
rangkaian serta tempoh sah kad SIM selama 365 hari. Semakin lama mereka
menggunakan pelan ini, mereka juga akan menikmati bonus kesetiaan sehingga
RM55,000 insurans hayat dan 6GB kuota internet.
Digi Abadi hanya
terbuka untuk pendaftaran baharu dan pelanggan Digi sedia ada perlu mendaftar
talian baharu sekiranya mereka berminat. Setiap pelanggan hanya boleh melanggan
satu talian bersama satu polisi Insurans Hayat sahaja.
Ketua Pegawai
Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata, "Sasaran kami adalah untuk menyediakan
satu inisiatif yang mudah dan berpatutan kepada pelanggan dalam menjaga
keluarga mereka di saat rakyat Malaysia mengharungi masa yang mencabar ini.
Kami memahami desakan untuk memiliki perlindungan insurans tetapi pada masa
yang sama perlu mengutamakan perbelanjaan keperluan seperti penyambungan
telefon. Justeru itu, kami memperkenalkan pelan ini agar pelanggan berasa lebih
selesa dengan mengetahui bahawa mereka dilindungi tanpa sebarang tambahan ke
atas komitmen kewangan mereka. Pelan ini
sememangnya satu pelan dengan dua nilai hebat; kekalkan talian anda dan terus nikmati
sambungan serta perlindungan insurans secara percuma."
Rohit
Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif, AXA AFFIN Life Insurance, menambah, “Tahniah
kepada Digi kerana menghasilkan produk yang inovatif bagi pelanggan mereka
dengan menyediakan perlindungan insurans yang dimuatkan bersama penyambungan
internet, sementara mereka selamat berada di rumah. Kami merasa bangga untuk
bekerjasama dengan Digi sekali lagi dengan memperkenalkan satu lagi tawaran
pertama dalam pasaran yang berpotensi merapatkan jurang perlindungan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai syarikat insurans, adalah tanggungjawab kami
untuk mendekati seberapa ramai orang yang mungkin bagi memastikan mereka
memahami kepentingan untuk mempunyai insurans terutamanya pada masa ini. Saya
yakin bahawa pendekatan kolaboratif ini membolehkan kami menawarkan produk dan
perkhidmatan yang
bersesuaian
dengan keperluan setiap individu, mengukuhkan lagi matlamat kami untuk memperkasakan
masyarakat dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.”
Pelan
internet prabayar yang berkembang bersama anda
Pelanggan
akan menikmati bonus kesetiaan menerusi pembaharuan yang konsisten. Mereka akan
menerima tambahan RM5,000 bagi faedah kematian dan peningkatan 1GB untuk kuota
Internet asas pada setiap pembaharuan yang ke-13, dengan maksimum tiga
peningkatan yang akan menaikkan kuota Internet mereka ke 6GB dan faedah kematian
kepada RM45,000. Faedah kematian dan Perbelanjaan Pengebumian akan kekal pada
RM8,000 dan RM2,000.
Jumlah pembaharuan
internet
|
Kuota
Internet
|
Perlindungan Insurans Hayat
|
||
Kematian
|
Kematian akibat kemalangan kenderaan bermotor
|
Perbelanjaan Pengebumian
|
||
12 pembaharuan
yang pertama
|
3GB
|
RM30,000
|
RM8,000
|
RM2,000
|
Pembaharuan kali
yang ke 13
|
4GB
|
RM35,000
|
||
Pembaharuan kali
yang ke 25
|
5GB
|
RM40,000
|
||
Pembaharuan kali
yang ke 37
|
6GB
|
RM45,000
|
Untuk maklumat lanjut mengenai
pelan Digi Abadi, layari http://digi.my/abadi.
Comments
Post a Comment