GOODDAY ANJUR SESI MOREL DIGITAL TERBESAR DI MALAYSIA PADA 22 MEI



Jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, Susu Goodday ingin menyeru warga Malaysia untuk menyertai sesi moreh digital terbesar di Malaysia dalam usaha untuk memecah rekod baharu. Ramadan ini, sertai Susu Goodday dan selebriti-selebriti tanah air sempena acara moreh digital terbesar yang bakal diadakan pada tanggal 22 Mei, jam 10 malam.

Ramadan yang selamat dinaungi pada tahun ini melalui kempen ‘Kekal Sejahtera, Kekal Selamat’ yang berhasrat untuk mempromosikan kaedah-kaedah sambutan perayaan yang kreatif di rumah. Atas sebahagian daripada acara utama kempen berkenaan, Susu Goodday menjalin kerjasama dengan Era FM untuk menganjurkan sesi-sesi moreh digital secara mingguan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan, mulai 1 Mei 2020 di Era IG Live, sebelum sesi moreh yang terakhir diadakan untuk memecah rekod baharu.

Moreh ialah juadah ringan yang dihidangkan selepas Terawih, iaitu ibadah sembahyang yang diamalkan dalam bulan Ramadan – sejurus waktu sembahyang Isyak ditunaikan pada waktu malam. Lazimnya, moreh mengambil tempat di masjid atau surau. Namun begitu, berlatarkan situasi semasa di mana amalan penjarakan sosial dituruti secara global, inisiatif Susu Goodday yang terbaharu ini akan membawa tradisi berkenaan ke dalam rumah warga Malaysia, lantas membolehkan orang ramai menyertai sesi moreh ini secara virtual dan mengambil bahagian dalam aktiviti komunal sambil memastikan keselamatan diri mereka terpelihara.

“Sejak turun-temurun, moreh dipercayai dapat merapatkan hubungan silaturahim antara insan. Susu Goodday telah memperkenalkan kempen ‘Kekal Sejahtera, Kekal Selamat’ untuk mengingatkan warga Malaysia agar keselamatan diri didahulukan sambil menyediakan alternatif dalam bentuk acara komuniti yang dapat disertai oleh semua di bulan mulia ini. Melalui sesi-sesi moreh digital yang diadakan, kami berhasrat untuk menyemai semangat kebaikan serta membekalkan sokongan moral kepada negara tercinta tatkala kita berganding bahu untuk memenangi perjuangan semasa. Kami berharap melalui kempen ini, kita dapat membuahkan acara moreh digital yang terbesar di Malaysia,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif di Etika Sdn Bhd. 

Sertai sesi finale moreh digital yang bersejarah anjuran Susu Goodday

Pada tanggal 22 Mei, jam 10 malam, Susu Goodday akan menerajui percubaan untuk menghoskan sesi moreh yang terbesar di Malaysia untuk menempah nama dalam Malaysia Book of Records. Sertai kami untuk menyebarkan semangat kebaikan sempena Ramadan ini di samping tetamu-tetamu khas seperti Nabil, Sherry Alhadad dan Ustaz Don Daniyal. Sesi finale moreh digital ini juga akan membariskan pengacara radio kegemaran anda seperti Radin (Era FM), Rahin (SINAR FM), dan Shah (GEGAR FM), untuk membicarakan tentang persediaan sambutan Syawal di rumah.

Para peserta juga berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM10,000 dalam bentuk e-baucar Shopee untuk digunakan di Kedai Digital Rasmi Etika – saluran runcit digital yang baharu ini direalisasikan melalui usaha sama antara Etika dan Shopee, dan ia memudahkan para pelanggan untuk membeli minuman kegemaran mereka tanpa keluar dari rumah. Jadi, pastikan anda mengikuti perkembangan yang terkini sehingga penghujung sesi ini! Untuk menyertai sesi berkenaan, sila kunjungi laman Facebook Era FM (@era.je) untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Moreh Digital Mingguan Goodday di Era FM Instagram LIVE

Menjelang percubaan sesi moreh digital yang terbesar di Malaysia, pengacara radio Radin dan Dina dari Era FM, akan bersama dengan tetamu khas, Ustaz Don Doniyal untuk membuat penampilan di Era IG LIVE pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam, mulai hari ini sehingga 15 Mei. Sesi moreh setiap minggu akan mengupas tentang topik-topik baharu. Sepanjang sesi-sesi ini, para peminat juga berpeluang untuk berinteraksi dengan Ustaz Don Doniyal secara langsung – jadi, pastikan anda sedia dengan soalan-soalan Ramadan anda! 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM3,000 dalam bentuk e-baucar Shopee dengan menyertai peraduan yang akan dianjurkan pada penghujung setiap sesi moreh digital berkenaan. Untuk menyertai peraduan ini, hantarkan jawapan bagi soalan yang diberikan pada penghujung setiap sesi moreh melalui laman kempen Goodday Milk di Syok

Menangi hadiah setiap hari sepanjang Ramadan ini!

Untuk melengkapi sambutan yang penuh dengan keterujaan ini, Cabaran Ramadan Selamat Goodday juga telah diadakan di Instagram dari 29 April sehingga 17 Mei! Susu Goodday ingin mencabar warga Malaysia untuk mempamerkan cara mereka mengamalkan “Ramadan yang Selamat”. Mengikut tema-tema berbeza yang diumumkan setiap minggu, para peserta telah memuat naik penyertaan mereka (gambar atau video) di Instagram bersama tanda pagar #CabaranRamadanSelamatGoodday. Tujuannya adalah untuk menggalakkan warga Malaysia mengamalkan langkah penjagaan ketika Ramadan. 

Para pemenang harian telah dipilih sepanjang tempoh cabaran berkenaan dan mereka berjaya membawa pulang e-baucar Shopee daripada nilai hadiah terkumpul yang berjumlah RM10,000.

Menyemai kebaikan dalam Ramadan

Untuk menyemai kebaikan dalam bulan mulia ini, Etika juga telah menaja 10,000 karton (lebih daripada 168,700 unit) aneka minuman kepada Yayasan Food Bank Malaysia untuk membantu komuniti B40. Minuman tersebut juga akan diagihkan kepada para pelajar, petugas baris hadapan, dan rumah kebajikan yang memerlukan bantuan sebagai tanda sokongan sepanjang “normal baharu” Ramadan ini. Produk-produk minuman yang ditaja merangkumi Goodday Milk, WONDA Coffee, Tropicana, Pepsi dan 7Up. 

Sama seperti bulan-bulan Ramadan yang lalu, mari kita junjung semangat kemuliaan bulan ini juga secara bersama. Sempena musim lebaran tahun ini, nikmati Susu Kurma Berpasteur Goodday dalam pek edisi terhad bersaiz 1L– pek tersebut hadir dengan pakej Tawaran Masa Terhad untuk meraikan Ramadan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Goodday dan kempen-kempen akan datang, sila layari laman kempen Susu Goodday di Syok (https://ms.syok.my/oap/2020/moreh-digital-goodday/utama) atau laman Facebook Goodday Milk Malaysia (www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia). 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING