JOOX BAKAL BAWAKAN KONSERT "MAYDAY 2020 LIVE IN THE SKY"



Buat peminat Mayday, JOOX dengan bangganya mengumumkan konsert dalam talian "MAYDAY 2020 LIVE IN THE SKY" pada bulan Mei ini, yang akan disiarkan di JOOX khas untuk peminat setia pada 31 Mei malam! 

Sebagai platform penstriman muzik paling popular di rantau ini, JOOX sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan hiburan yang pelbagai untuk peminat mereka di rantau ini. Banyak konsert yang telah dibatalkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, oleh itu JOOX berharap bahawa siaran langsung ini dapat memberi peminat peluang untuk menikmati persembahan muzik yang indah dari rumah sendiri. 

Pada musim pertama tahun ini, JOOX menyiarkan banyak konsert secara langsung di dalam talian dan dalam waktu yang sama mendapat maklum balas yang sangat menggalakkan dari para peminat JOOX di rantau ini. Konsert dalam talian ini membariskan penyanyi papan atas dunia seperti Sam Hui, Aaron Kwok, JJ Lin, Rainie Yang, Rene Liu, Hsiao Huang-chi, A-Lin, serta Lady Gaga yang telah mengumpulkan artis artis antarabangsa untuk menjayakan "ONE WORLD: TOGETHER AT HOME", konsert dalam talian anti-wabak corona. Bukan setakat itu, malah, JOOX juga telah meyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengaturkan 34 penyanyi tempatan dan juga selebriti internet seperti Alvin Chong, James Lee, Bella Astillah, Shalma Eliana, SonaOne, YonnyBoii secara bergilir untuk menyertai siaran langsung dalam talian “Stay Home, Stay Tuned” untuk menghiburkan pengguna JOOX dalam pelbagai bentuk hiburan yang berbeza. JOOX terus berusaha untuk membawakan hiburan ke rumah semua orang. 

Tidak dapat berpesta bersama tahun ini dengan rakan peminat Mayday di konsert mereka seperti sebelumnya? Jangan risau, kerana Mayday tidak akan melewatkan perjumpaan tahunan mereka dengan anda! Peminat Mayday hanya perlu log masuk ke aplikasi JOOX di telefon bimbit mereka pada 31 Mei ini untuk menikmati siaran langsung konsert dalam talian "MAYDAY 2020 LIVE IN THE SKY"! 

JOOX ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kepada para peminat setia Mayday bahawa semua lagu lagu Mayday telah tersedia di JOOX pada masa kini, oleh kerana itu para peminat bolehlah ke JOOX untuk mendengar, dan menikmati lagu-lagu band kegemaran mereka. Peminat setia Mayday dapat juga mendengar lagu-lagu cinta klasik Mayday seperti "Suddenly miss you", "I don’t want you to be alone", lagu inspirasi "Rosy Youth", "Anda tidak benar-benar gembira" dan lagu-lagu pesta seperti "You are not really happy" dan "If you are sad, Don't listen to slow songs". Selain itu, peminat setia Mayday boleh mengambil peluang keemasan ini untuk berkaraoke lagu- lagu popular dari artis kesayangan mereka! 

Sekiranya anda ingin mengetahui perkembangan terbaharu Mayday, dan berkeinginan untuk menyanyikan lagu-lagu klasik pemenang anugerah muzik, dan menyaksikan pesona kumpulan itu? Tandakan kalendar anda dengan segera dan tontonlah mereka melalui JOOX secara langsung! 

JOOX LIVE "Mayday I Want to See You - MAYDAY 2020 LIVE IN THE SKY" Online Concert 

Tarikh : 31 May 2020, Ahad 

Masa : 8 malam 

Daftarlah JOOX sekarang kerana JOOX akan terus membawa program konsert secara langsung yang lebih menarik untuk peminat mereka! 

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telephonemelalui Apple App Store dan Google Play Store, atau mengakses laman web JOOX website.

Comments

Popular Posts