MERIAHKAN SUASANA AIDILFITRI DENGAN E-DUIT RAYA MELALUI BOOST



Tahun ini, Hari Raya Aidilfitri memang lain dari yang lain. Ketika pelaksanaan norma baharu, e-dompet tempatan Boost tekad memastikan semangat ‘Raya tetap Raya,’ dengan ciri dan ganjaran baharu yang mengujakan bagi membantu rakyat Malaysia menyambut musim perayaan dengan aman dan selamat di rumah.

Walaupun tahun ini ramai tidak dapat balik kampung disebabkan sekatan perjalanan rentas negeri, dengan menaik taraf Premium Wallet Boost anda masih boleh menghulurkan ‘e-Duit Raya’ melalui fungsi ‘Send Money’ - Duit Raya tetap ada. Anda hanya perlu menaik taraf akaun Boost kepada Premium Wallet dengan percuma dan sebanyak dua langkah sahaja, kemudian pilih corak sampul yang menawan hati, sertakan ucapan hari Raya dan kirim jumlah tetap atau tentuan sendiri.

Bermula 18 Mei 2020, pengguna Boost mempunyai dua pilihan dompet – Basic Wallet baharu dan Premium Wallet. Raikan Hari Raya dan gaya hidup anda dengan saiz dompet lebih besar beserta had transaksi yang lebih tinggi. Premium Wallet baharu menawarkan saiz dompet sebanyak RM4,999, gandaan tiga kali berbanding had sebelum ini iaitu RM1,500. Pengguna dengan lebih daripada satu akaun Boost hanya dibenarkan menaik taraf satu akaun kepada status Premium. 

Selain itu, dengan Basic Wallet baharu anda turut menikmati dompet yang lebih besar, dengan had RM1,00 berbanding RM200 sebelum ini. Had perbelanjaan bulanan ditingkatkan kepada RM2,000, menjadikan had tahunan RM24,000. Pengguna Basic Wallet tidak dibenarkan mengirim wang melalui pindahan P2P, tetapi boleh menerima wang secara P2P. 

Boost menggalakkan semua pengguna untuk menaik taraf dompet kepada Premium Wallet, bagi memanfaatkan faedah dan ganjaran yang ditawarkan. Anda boleh menaik taraf kepada Premium dengan langkah mudah berikut:
  1. Sahkan maklumat anda dengan mengambil gambar KP dan merakamkan swavideo ringkas
  2. Tambah nilai Boost Wallet sekurang-kurangnya sekali, dengan jumlah minimum RM10
Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai pengguna beralih kepada pembelian dalam talian untuk mengelakkan perjalanan ke lokasi tujuan ramai. Walaupun ini adalah cara berurusniaga yang lebih selamat, Boost tidak leka dalam mencegah kemungkinan kes penipuan meningkat. Keselamatan pengguna adalah keutamaan Boost dan bagi melindungi pengguna, Basic dan Premium Wallet tidak membenarkan pindahan baki e-dompet kepada akaun bank. Langkah berjaga-jaga ini disertakan dalam aplikasi untuk melindungi pengguna daripada penipu dan scammer yang sebelum ini pernah menjadikan pengguna e-dompet mangsa. Dengan langkah keselamatan ini, walaupun scammer mendapat tahu maklumat akaun pengguna sekali pun, mereka tidak boleh memindahkan dan mencuri wang mangsa.

Menurut Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost, menjelangnya Raya bayaran tanpa tunai dijangka mencanak di seluruh negara, sewaktu rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya.

“Dalam norma baharu, rakyat Malaysia dengan sepenuh hati mengamalkan gaya hidup tanpa kontak atau tunai di saat melakukan persiapan menyambut musim perayaan paling bermakna dalam kalendar tahunan. E-dompet semakin dianggap keperluan ketika penularan wabak, kerana dilihat sebagai kaedah pembayaran yang lebih lancar dan selamat. Diperkenalkan tepat pada masanya, saiz dompet yang lebih besar membolehkan rakyat Malaysia melakukan transaksi serta menikmati ganjaran dan cashback sambil berjimat ketika membeli keperluan Hari Raya. Harapan kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia dalam mengurangkan risiko penularan COVID-19 dan menyesuaikan diri dengan norma baharu melalui transaksi tanpa tunai,” kata Khairil.

Partner Wallet & Ganjaran Baharu 

Di Hari Raya ini, Boost turut memperkenalkan Partner Wallet. Dengan ciri baharu ini, bertambah-tambah sebab untuk kekal setia kepada rakan jenama dan pedagang yang digemari, dengan cashback serta-merta apabila anda berbelanja di pedagang tertentu pada musim perayaan. Sepanjang tempoh Hari Raya, tiga belas jenama besar iaitu Giant, Tesco, The Store, Caring, HelloGold, Watsons, PrestoMall, ZALORA, FAVE, JobbieNut, Potboy, HappyFresh, Alpro Pharmacy dan MYDIN menawarkan pelbagai ganjaran. 

Partner Wallet Boost akan dipapar di aplikasi selepas anda menerima cashback apabila berbelanja di pedagang yang terlibat, dan akan luput menurut terma dan syarat kempen atau rakan dagang tersebut. Selepas menerima cashback dari pedagang, untuk pembelian seterusnya, cashback dari Partner Wallet yang berkenaan akan diambil kira secara automatik dalam jumlah transaksi, sebelum potongan dilakukan ke atas baki dompet Boost anda.

“Kami memahami keperluan dan kesukaan pengguna dalam memilih rakan dagang kami ketika berurusniaga. Dengan cara ini, kami mengganjarkan Pengguna serta Rakan Dagang Boost dengan lebih bermakna serta membawa impak,” jelas Khairil.

Bagi memeriahkan suasana Hari Raya yang ditunggu-tunggu, Boost turut memperkenalkan ciri baharu yang diberi nama ‘BoostUP Pick & Win,’ di mana anda boleh menukar Boost Coins kepada peluang menyertai dan bertanding untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Ciri ini meraikan keriangan dan semangat memberi di kala musim perayaan, dengan hadiah mengujakan seperti Samsung S20, Google Home dan Smart TV LED 43-inci.

Untuk menyertai, sila klik tile ‘BoostUP Pick & Win’ di laman utama aplikasi Boost dan pilih hadiah menurut bilangan Boost Coins yang diperlukan untuk mengirim penyertaan. Lebih banyak penyertaan yang dikirim, lebih besar peluang untuk menang! Pengguna boleh mendapatkan Boost Coins dengan sekadar membayar menggunakan Boost.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!