SHIHLIN TAIWAN STREET SNACKS PERKENAL WINZAAP CRISPY CHICKEN



Shihlin Taiwan Street Snacks, jenama makanan ringan terkenal dari Taiwan sekali lagi membawa inovasi kepada produk mereka dengan dua tambahan baharu kepada menunya di Malaysia - Winzaap Crispy Chicken dan Paprika Crispy Mushroom. Hal ini merupakan bukti komitmen sedekad Shihlin untuk memberikan rasa yang pelbagai bagi memuaskan hati para rakyat Malaysia dengan makanan jalanan terbaik dari Taiwan. 

“Winzaap Crispy Chicken dan Paprika Crispy Mushroom bakal memberikan para pelanggan kami suatu pengalaman baharu sewaktu menikmati makanan ringan jalanan daripada Shihlin. Saban tahun, kami akan memperkenalkan pelbagai menu baharu dan kontemporari yang menggabungkan rasa asli Taiwan dengan pelbagai rasa dari seluruh dunia yang pasti menggembirakan para pelanggan setia kami,” kata Henry Low, wakil Pengiklanan dan Promosi Shihlin. 

Menggunakan resipi rahsia ayam goreng yang penuh rasa hebat serta menyegarkan, Winzaap Crispy Chicken merupakan variasi kepada menu khas popular Shihlin, XXL Crispy Chicken. Dengan rasa pedas dan manis berempah, Winzaap Crispy Chicken memberikan gabungan rasa serantau yang unik untuk rakyat Malaysia yang gemarkan makanan pedas. 

Bukan hanya itu, Shihlin juga memperkenalkan Paprika Crispy Mushroom yang merupakan variasi terbaharu sebuah lagi hidangan asli Shihlin, Crispy Mushroom. Taburan serbuk khas berperisa Paprika menjadikan hidangan ini lebih berperisa. 

Winzaap Crispy Chicken dan Paprika Crispy Mushroom kini boleh didapati di semua cawangan Shihlin di Malaysia. Untuk senarai lengkap cawangan, layari laman sesawang Shihlin di https://www.shihlinsnacks.com.tw/my/ dan ikuti Facebook mereka di: https://www.facebook.com/shihlinsnacks.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM