SUNWAY PYRAMID PERKENAL PLATFORM SHOPPING DALAM TALIAN



Menghampiri musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Sunway Pyramid mengambil inisiatif mewujudkan kedai dalam talian sebagai platform yang lebih selamat buat para pelanggannya berbelanja dalam menyediakan persiapan sambutan Hari Raya tahun ini. 

Berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga Jun, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri adalah masih penting, di mana ramai yang memilih untuk membeli barangan keperluan dari rumah berbanding keluar untuk mendapatkannya. 


Menyedari akan keperluan ini, Sunway Pyramid telah mewujudkan kedai dalam talian Sunway Pyramid yang membolehkan pelanggan mendapatkan barangan pilihan dari lebih 100 jenama kegemaran mereka yang merangkumi pelbagai kategori seperti kecantikan, fesyen, perhiasan rumah, penjagaan kesihatan, kasut, makanan & minuman serta gaya hidup digital. 

Selain daripada kempen istimewa menerusi kedai dalam talian ini, Sunway Pyramid akan turut mengadakan jualan kilat selama 72 jam di laman sesawangnya bermula 29 Mei hingga 1 Jun ini. Para pelanggan boleh membeli barangan daripada peruncit yang mengambil bahagian seperti Ippudo Ramen, Getha, diskaun sehingga 50 % untuk produk Bonia dan juga tawaran hebat lain daripada Gintell, Brooks, Laura Mercier dan banyak lagi. 


Peruncit terpilih juga akan mengadakan sesi video secara langsung di halaman Facebook Sunway Pyramid untuk mempromosikan produk mereka serta berinteraksi bersama pelanggan. Para pelanggan pastinya teruja menyaksikan pelbagai kandungan menarik yang akan disiarkan termasuklah demonstrasi penjagaan tumbuhan sukulen oleh Fleurs at Marrakesh dan juga sesi penyediaan hidangan sihat yang anda boleh cuba sendiri dari rumah oleh Salad Atelier. 

Pelanggan juga boleh menebus kod promosi potongan RM10 untuk pembelian di kedai dalam talian, yang boleh didapati di aplikasi mudah alih Sunway Pyramid. 

Sebagai ganjaran tambahan, pelanggan yang berbelanja melebihi RM200 di kedai dalam talian ini layak untuk menebus baucar tunai eksklusif dan juga penyedut minuman besi. Kedai dalam talian ini diwujudkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan penghantaran dan e-dagang lokal, MatDespatch sebagai usaha membantu perniagaan kecil tempatan. 

Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls berkata, langkah untuk mewujudkan platform dalam talian ini merupakan usaha terbaru kumpulan Sunway ke arah transformasi digital untuk memudahkan urusan pengguna dan turut membantu menyokong perniagaan para peruncitnya. 

“Tempoh dua bulan yang lepas merupakan satu tempoh yang mencabar bagi kita semua, dan kami mahu memberi peluang kepada para peruncit untuk mencapai pelanggan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja. Bukan semua peruncit berupaya memasarkan produk mereka secara dalam talian jadi kami berharap ikhtiar ini dapat membantu menguatkan perniagaan mereka dan seterusnya memastikan kelangsungan perniagaan mereka, pasca PKP ini”, ujar Tan. 

Tambah Tan lagi, “Sehingga kini, Sunway Malls telah melakukan pelbagai usaha untuk memperkasa moto terbaharu kami iaitu ‘Your Safe Space, Our Safe Space’ untuk memastikan semua pelanggan yang melangkah masuk ke pusat beli-belah kami selamat dan merasai pengalaman yang tidak membimbangkan.” 

Langkah Keselamatan Yang Ketat dan Sistem ‘Pesan & Ambil’ Elak Kerisauan Pelanggan 

Seiring dengan moto ‘Your Safe Space, Our Safe Space’, Sunway Pyramid bersama-sama pusat membeli-belah Sunway yang lain telah menetapkan 82 langkah untuk memastikan keselamatan para pelanggan dan peruncit. Ini termasuklah saringan dan pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat, meningkatkan penjarakan sosial, latihan dan pendidikan yang holistik untuk semua kakitangan serta usaha penjagaan kebersihan yang lebih teliti. 


Sunway Pyramid akan turut melaksanakan penggunaan inisiatif SELangkah untuk menjaga keselamatan pelanggan. Sebelum memasuki pusat membeli-belah, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan, daftarkan nama dan nombor telefon dan mereka dapat berbelanja dengan tenang. 

Semua kawasan yang kerap disentuh juga disanitasi berulang kali dan pengimbas thermal diletakkan di pintu masuk bangunan untuk membuat saringan ke atas semua pengunjung yang memasuki pusat membeli belah, di mana mereka yang didapati mempunyai simptom digalakkan mendapatkan pemeriksaan lanjut di pusat perubatan berhampiran. 

Pelanggan yang ingin meminimakan sentuhan fizikal boleh memanfaatkan sistem ‘Pesan & Ambil’ Sunway Pyramid. Pelanggan hanya perlu menghubungi kedai kegemaran mereka yang mengambil bahagian untuk membuat pesanan, tetapkan lokasi pengambilan dan mengambil barangan tanpa perlu memasuki pusat beli-belah. Para pelanggan boleh memilih daripada cawangan seperti Kyochon 1991, AEON Supermarket, The Loaf, Simple Life Vegetarian dan banyak lagi. Untuk senarai penuh peruncit yang mengambil bahagian, layari www.sunwaypyramid.com/order-and-collect

Tawaran Tambahan Untuk Sambutan Hari Raya 

Untuk lebih keceriaan musim ini, para pelanggan akan turut menikmati diskaun eksklusif, promosi dan kandungan interaktif dalam menyambut perayaan semasa kempen Hari Raya Sunway Pyramid. 

Bermula sekarang hingga 7 Jun ini, Sunway Pyramid telah menghias kedua-dua Blue dan Orange Concourse di aras LG2, termasuk mempamerkan elemen kampung yang cukup nostalgik. Sepanjang kempen Raya ini, pelanggan yang berbelanja dengan jumlah minima RM200 di dalam minima dua resit akan layak menebus pelbagai hadiah menarik seperti baucar tunai eksklusif, penyedut minuman besi dan menikmati bayaran tempat letak kereta percuma. 

Sepanjang tempoh ini, Sunway Pyramid turut memainkan peranan dan tanggungjawab sosialnya dalam menceriakan mereka yang memerlukan. Sehingga kini, pusat membeli belah ini telah pun menyediakan barangan keperluan harian untuk rumah-rumah anak yatim dan akan meneruskan usaha ini demi memastikan lebih ramai komuniti mendapat manfaat sewajarnya dalam keberkatan semangat ikhlas memberi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai dalam talian, jualan kilat serta kempen Raya ini, layari www.sunwaypyramid.com

Sunway Malls sedang membuat persiapan untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi. 

Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:- 

  • Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur 
  • Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur 
  • Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor 
  • Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur 
  • Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang 
  • Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Johor 
  • Sunway Giza Mall, Kota Damansara

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3