VER5ION TAWARKAN DISKAUN 20% BAGI JENAMA FESYEN TERPILIH




Ver5ion dilancarkan secara langsung baru-baru ini di www.ver5ion.com, yang bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada rakyat Malaysia mengenai berita kesihatan, kecantikan, fesyen dan gaya terkini dari seluruh dunia. 

"Kami sangat teruja untuk berkongsi laman ini kerana kami mahu rakyat Malaysia mengenali pelbagai aspek pendirian dan mendorong mereka untuk menjaga imej luaran dan dalaman mereka melalui portal ini. Dengan laporan indeks kebahagiaan rakyat Malaysia yang terkini, ia adalah penting untuk mencari kebahagiaan dalam diri kita dan terus mengetahui bagaimana mencapainya,”kata Ketua Pegawai Eksekutif Ver5ion, Cik Veronica Lee. 

Laman web yang mempunyai tujuh bahagian; Fesyen (Fashion), Kecantikan (Beauty), Gaya Hidup (Lifestyle), Blog, Ver5ionShop, Discovery dan Brands. Ia membawa pembaca pengalaman transformasi digital dengan artikel, satu per satu. Tidak seperti portal lain, ia menawarkan lebih daripada sekadar kandungan atau pengalaman membeli-belah, ia adalah portal hibrid yang mendorong pegenalan diri dan mengenal pasti pilihan mereka. 

Fesyen (Fashion) 
Segmen yang menghurai tentang Trends, Outfit Inspo, Gaya Selebriti, Nasihat Gaya, Aksesori dan Fesyen Terkini untuk mengenali cara memapalkan penampilan diri terbaik setiap hari di mana-mana sahaja. 

Kecantikan (Beauty) 
Bahagian ini merangkumi semua perkara tentang Skincare, Makeup, Hair, Body & Nails, Fragrance dan Beauty News untuk menjadikan anda kelihatan berseri dan bersedia untuk dunia. 

Gaya hidup (Lifestyle) 
Segmen ini memberi anda maklumat terkini mengenai Wine & Dine, Fitness & Health, Entertainment, Travel & Interiors, Technology, Guide to Life dan News Bites supaya anda dapat menikmati kehidupan sepenuhnya. 

Blog 
Blog merangkumi pelbagai topik, perkongsian maklumat penting dari sumber luaran dan dalaman kami. 

Kedai Ver5ion (Ver5ionShop) 
Platform e-dagang kami yang membolehkan anda membeli barang kegemaran anda tanpa memecahkan bank simpanan anda. 

Penemuan (Discovery) 
Di bawah bahagian Penemuan, anda dapat mengetahui tawaran, promosi dan penjualan rahsia yang sedang dijalankan. Tambahan, jimat banyak perbelanjaan! 

Jenama (Brands) 
Di bahagian ini, kami membenarkan diri untuk menyelami di lautan jenama lain dan mempelbagaikan pandangan anda mengenai pelbagai jenama dan topik. 

Penuh dengan kandungan berinformasi, Ver5ion memberikan pandangan mengenai topik kehidupan yang berbeza seperti pakaian asas dalam almari, trend pakaian cuaca tropika, panduan lengkap berus solek, 9 podcast yang setiap wanita perlu mendengar untuk menperkakaskan perndirian, 9 permainan dan aplikasi dalam talian percuma yang anda boleh bermain dengan rakan semasa MCO dan banyak lagi. 

"Dalam pengharungan krisis pandemik global, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia supaya beroptimistik dan mendorong mereka melakukan perubahan baru. Sementara ini, kami berharap agar artikel kami dapat memberi maklumat terkini, membawa perubahan dalam diri mereka dan berkembang menjadi individu yang lebih baik,”jelas Lee. 

Dalam meraikan pelancaran www.ver5ion.com, Ver5ionShop akan memberikan potongan harga istimewa sebanyak 20% apabila pelanggan membeli jenama fesyen tertentu. Tertakluk kepada jenama terpilih dalam semua kategori di Ver5ionShop, promosi ini akan dijalankan mulai 15 Mei 2020 sehingga 14 Jun 2020, di mana pelanggan dapat menjimat apabila membeli blaus, seluar pendek, skort (skirt + seluar pendek), seluar, gaun, skirt dan blazer. 

Dengan orang ramai mengambil langkah-langkah berjaga yang ketat ketika masa yang sukar ini, Ver5ionShop akan menghantar pesanan kepada pelanggan yang berada di kawasan Lembah Klang buat masa ini. Ketahui lebih lanjut mengenai Ver5ion hari ini di www.ver5ion.com atau Like & ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular Posts