11 JUTA PENONTON MERAIKAN "BUKAN GADIS BIASA"



Gandingan pertama Ayda Jebat dan Remy Ishak dalam drama bersiri ‘Bukan Gadis Biasa’ terbitan JS Pictures telah mengumpul 11 juta penonton secara keseluruhan menerusi slot Akasia di TV3 dan mendapat lebih daripada 27 juta jumlah tontonan digital di YouTube TV3Malaysia dan Drama Sangat sepanjang siaran 28 episod. (Sumber: Nielsen dan YouTube Analytics).

Bukan Gadis Biasa (BGB) menampilkan barisan pelakon popular di tanah air seperti Ayda Jebat (Johana), Remy Ishak (Rayyan), Nazim Othman (Amer), Ozlynn Waty (Juliana) dan Sheila Rusly (Opah Aminah). Disiarkan dari 23 April hingga 24 Mei pada setiap hari Isnin hingga Sabtu di slot Akasia sepanjang bulan Ramadan dan episod akhir pada Hari Raya Pertama, BGB merupakan judul drama yang mendapat kadar tontonan paling tinggi di slot Akasia iaitu 2.7 juta penonton secara purata pada tahun 2020 (sehingga 31 Mei 2020). Peningkatan jumlah penonton bermula pada 2 minggu akhir iaitu lebih daripada 2.8 juta penonton dan mencecah 4 juta penonton dengan syer penonton sebanyak 52%. Ia juga telah meningkat sebanyak 40% dalam kadar tonton penonton. 

Demi tuntutan watak Johana, Ayda Jebat tidak teragak-agak untuk mengubah perwatakannya menjadi kasar seperti seorang lelaki sehingga sanggup memotong pendek rambutnya. Johana tidak mudah untuk mempercayai lelaki di sekelilingnya kerana kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil. Selepas diuji dengan pelbagai dugaan, akhirnya Johana memulakan hidup baharu dengan lelaki pilihannya, Rayyan lakonan Remy Ishak. 

Menyusuli Bukan Gadis Biasa, drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe dibintangi oleh Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Titan, Erynne Erynna dan Scha Elinnea telah menemui penonton setia drama bermula 25 Mei 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam dan boleh strim di laman sesawang www.tonton.com.my


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat !

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA