ALAMI SEMULA KEAJAIBAN FILEM DI TGV CINEMAS 1 JULAI INI
Setelah berbulan ditutup sejak 18 Mac lalu untuk membendung penularan COVID-19, kini panggung wayang mendapat kelulusan untuk dibuka kepada orang ramai mulai 1 Julai.
Penggemar filem menyambut baik pembukaan semula panggung wayang. Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penonton dan warga kerjanya, TGV Cinemas telah melaksanakan beberapa program keselamatan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Antara langkah-langkah keselamatan yang akan dilaksanakan termasuk:
Kemasukan Penonton (Protokol Keselamatan)
- Penonton dengan suhu badan melebihi 37.5 ° C tidak dibenarkan masuk.
- Proses daftar masuk melalui aplikasi MySejahtera
- Kanak-kanak berumur 12 ke bawah dan warga tua berumur 60 ke atas tidak dibenarkan masuk
Amalan Penjarakan Sosial
- Penanda jarak 1 meter di kawasan beratur
- Kaunter tiket dan konsesi dibuka secara berselang
- Pembayaran tanpa tunai digalakkan
- Urinal disediakan secara berselang di dalam tandas
- Prosedur kawalan orang ramai diperketatkan
Prosedur Sanitasi
- Sanitasi 3 kali sehari
- Pensanitasi tangan disediakan
- Pembersihan di dalam panggung diperlanjutkan selepas tayang filem.
Keselamatan warga kerja dan penyediaan makanan
- Penyediaan F&B mengikuti piawaian kesihatan yang ketat
- Warga kerja memakai pelitup muka sepanjang masa
- Saringan warga kerja dilakukan setiap hari dan mereka dipantau untuk mematuhi kebersihan peribadi.
- TGV bakal melaksanakan Tempat Duduk Penjarakan Sosial di mana terdapat jarak 1 meter di antara kerusi mengikut panduan kerajaan.
Promosi Pembukaan Semula
TGV menawarkan pelbagai promosi untuk menarik penonton kembali ke panggung wayang untuk menngalami semula keajaiban di layar perak!
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Comments
Post a Comment