COVID-19: OYO LANCAR ‘SANITIZED STAYS’ DI MALAYSIA

 

Susulan langkah kerajaan meringankan perintah kawalan pergerakan, OYO Hotels & Homes hari ini melancarkan program ‘Sanitized Stays’ atau ‘Penginapan yang Telah Disanitasi’.

Di bawah inisiatif ini, OYO akan melaksanakan protokol kebersihan menyeluruh dan meningkatkan langkah berjaga-jaga pra serta pasca daftar masuk dan di sepanjang tempoh penginapan pelanggannya, bagi mengekang sebarang potensi penularan Covid-19.

Daftar masuk & Daftar keluar: Bagi memastikan penjarakan sosial, OYO akan merombak semula proses daftar masuk & daftar keluar tetamu kepada proses sentuhan minimum. Rangkaian hotel tersebut kini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk pelanggan memuat naik Pengenalan Diri mereka dan melengkapkan proses formaliti dengan interaksi yang minimum daripada kakitangan hotel. Begitu juga proses daftar keluar dan pembayaran sedang distruktur semula bagi memastikan interaksi kakitangan yang minimum.

Perkhidmatan sentuhan minimum: Bagi memastikan penjarakan sosial di semua titik sentuhan yang melibatkan tetamu, OYO akan memperkenalkan perkhidmatan bilik sentuhan minimum dan melatih kakitangan pengemasan mengenai perkara sama


Tag ‘Sanitized Stays’: Semua hartanah OYO yang menyertai program ini akan mempunyai logo ‘Sanitized Stay’ yang dipaparkan di dalam Aplikasi OYO dan Platform Tempahan Hotel. Sebelum mereka dianugerahkan dengan logo tersebut, hotel-hotel berkenaan akan menjalani proses pemeriksaan awal dan dikuti dengan pemeriksaan kerap bagi memastikan pematuhan. Hanya hartanah yang telah lulus proses audit berkenaan akan diberi kebenaran untuk mempamerkan tag ‘Sanitized Stays’ dalam portal tempahan. Satu proses audit berdasarkan ulasan daripada tetamu juga akan kerap dijalankan ke atas hartanah berkenaan agar segala maklum balas, ulasan dan syor yang diterima diambil kira untuk memastikan pengekalan tag ‘Sanitized Stay’.

Latihan pasukan di lapangan: 

Modul latihan baru ini akan menggabungkan SOP berkaitan perubahan prosedur operasi bagi seluruh fungsi seperti:
  • Penyaringan kesihatan termasuk pemeriksaan suhu dan simptom untuk semua tetamu serta kakitangan. Tetamu, vendor dan kontraktor dikehendaki melengkapkan pengisytiharan perjalanan dan kesihatan.
  • Langkah nyah kuman yang betul ke atas setiap ruang secara kerap dengan meletakkan cecair pencuci tangan di bahagian penyambut tetamu dan meningkatkan keperluan pemakaian peralatan keselamatan pada setiap masa.
  • Menggalakkan makan di dalam bilik dan mengelak semua kawasan awam.
  • Penanda jarak dicat ke atas lantai bagi menunjukkan jarak fizikal sebenar yang perlu dipatuhi oleh orang ramai.
  • Tetamu akan diminta untuk mengendalikan bagasi mereka sendiri sedaya yang mungkin (kecuali tetamu adalah seorang warga emas atau orang kelainan upaya). Semua bagasi juga akan disanitasi. 
  • Polisi ketika berurusan dengan pembekal dan kontraktor luar agar mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan dan peraturan kerajaan. 
  • Pihak pengurusan hotel dikehendaki mengawasi aktiviti pengemasan bilik hotel 

“Akibat penularan pandemik Covid-19, industri hospitaliti kini perlu berdepan dengan normal baru dari segi cara kita beroperasi. Sebagai jenama yang komited menawarkan pilihan penginapan selamat, OYO proaktif dalam menerajui perubahan protokol pengemasan dan pembersihan di kalangan industri hospitaliti, merangkumi semua hartanah OYO. Di dalam industri ini, mengekalkan kepercayaan dan keyakinan tetamu adalah penting, dan ianya dicerminkan dalam pendekatan yang diambil oleh OYO menerusi protokol baru kami yang sentiasa mendahulukan pelanggan, bagi memberikan keyakinan dan ketenangan kepada pelanggan,” kata Ketua Negara Malaysia & Singapura, OYO Hotels & Homes, Tan Ming Luk. 

Pemilik dan kakitangan hotel boleh menggunakan budi bicara mereka untuk menerima atau menolak tetamu yang menunjukkan tanda-tanda serta simptom berkaitan dengan Covid-19 seperti demam, batuk, sesak nafas, hidung berair, pening kepala dan sakit tekak. 

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia akan dihubungi jika tetamu dan kakitangan menunjukkan sebarang tanda-tanda atau simptom menghidap virus berkenaan. 

Peringatan kepada tetamu dan kakitangan 

Bagi memastikan penjarakan sosial sentiasa dipatuhi, papan tanda peringatan akan diletakkan di lokasi-lokasi yang selalunya sesak seperti di kawasan penyambut tetamu dan lobi hotel, di dalam lif dan lobi lif, serta di restoran. Peringatan mengenai teknik mencuci tangan yang betul juga akan dipamerkan di dalam semua tandas. Bagi menggalakkan pencucian tangan yang kerap, cecair pencuci tangan dengan kandungan alkohol sekurang-kurangnya 60% akan diletakkan di kawasan umum seperti kawasan penyambut tetamu dan lobi untuk kegunaan semua tetamu dan kakitangan. Semua kakitangan turut diingatkan agar sentiasa mengekalkan standard kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun serta air atau cecair pencuci tangan. 

Protokol pembersihan menyeluruh

Sebagai langkah pro-aktif menjaga kebersihan, kawasan umum akan kerap dicuci menggunakan produk-produk penyahjangkit yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan bagi aktiviti pembersihan. Tumpuan ekstra akan diberikan ke atas tempat yang kerap disentuh seperti meja-meja di lobi, meja penyambut tetamu, butang lif, pemegang pintu, kad kunci bilik, dispenser air dan sebagainya. Permukaan yang keras akan dicuci menggunakan air panas serta detergen, diikuti dengan larutan penyahjangkit.

Semua barang untuk cucian dobi akan dibasuh menggunakan tetapan paling panas yang bersesuaian dan dikeringkan sepenuhnya, sementara semua peralatan yang digunakan untuk mengangkut dan mengendalikan cucian dobi berkenaan akan dibersihkan dan disterilkan sepenuhnya. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai OYO di Malaysia, sila kunjungi https://www.oyorooms.com/my/



Gambar hiasan oleh: Work photo created by pressfoto - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO