DAPATKAN KANDUNGAN EKSKLUSIF TERUS MENERUS DI HBO GO HARI INI

Love Life-HBO GO (Asia)

Pilihan peribadi selalu disifatkan sebagai kemewahan paling utama. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masa akan datang, HBO GO menawarkan orang ramai bersama keluarga masing-masing akses menerus tanpa terhad terhadap strim dan muat turun beribu jam permintaan hiburan premium.


Ini termasuk kandungan daripada saluran TV secara langsung (live) – HBO, HBO Signature, HBO Hits, HBO Family, Red by HBO dan Cinemax – menerusi fungsi TV secara langsung dalam aplikasi dan siri original yang dibawakan khas daripada HBO Max iaitu pelantar penstriman yang baru-baru ini dilancarkan di Amerika Syarikat.

Pada ketika rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa di rumah berbanding sebelum ini – pekerjaan, persekolahan, masakan dan menjadikan musim Hari Raya kali ini bermakna semaksima mungkin - memanjakan diri dengan pangkalan data hiburan eksklusif HBO GO mampu menjadi juadah istimewa untuk diri sendiri dan orang tersayang.

Tersedia untuk pertama kalinya sebagai pilihan tanpa kontrak, anda boleh mendaftar hanya dengan 3 langkah mudah – muat turun HBO GO menerusi App Store atau Google Play, cipta satu akaun menggunakan emel dan kata laluan, dan melanggan terus melalui pembelian dalam aplikasi serendah RM34.90 setiap bulan.

Para pelanggan Astro Movies Pack boleh menikmati HBO GO tanpa sebarang caj tambahan, sementara pelanggan Astro yang lain boleh menikmati penjimatan dan hanya bayar RM25 setiap bulan. Hanya sambungkan akaun dengan langganan Astro sedia ada.


Siri Original, Kandungan Berkualiti di HBO GO

HBO mempunyai rekod prestasi produksi yang telah banyak memenangi anugerah, dengan 137 pencalonan Anugerah Emmy. Tiga puluh satu kemenangan diraih pada tahun 2019, termasuk 12 untuk Game of Thrones sahaja dan 10 untuk Chernobyl. Pada 2018, HBO telah memperoleh 108 pencalonan dan 23 kemenangan; bukan itu sahaja, HBO telah menerima lebih banyak pencalonan Emmy daripada perkhidmatan rangkaian atau penstriman lain selama 18 tahun sudah dari tempoh 19 tahun. Dengan HBO GO, ke semua siri Original HBO ini dan banyak lagi tersedia untuk ditonton dan ditonton semula. Penonton di Malaysia juga telah menunjukkan minat terhadap drama berprofil tinggi yang menceritakan tentang perniagaan yang diusahakan oleh satu keluarga iaitu Succession, semangat juang yang kuat dalam Ballers, dan implikasi kejahatan terhadap perusahaan jenayah berjudul The Sopranos.

Akan Datang Bulan Ini

Ada banyak yang menunggu Jun ini termasuk Trackers, siri konspirasi penuh aksi berpangkalan di Afrika Selatan dan episod pertamanya akan mula ditayangkan pada 6 Jun, siri Original HBO Asia, The Head yang bergenre thriller tentang survival hidup akan menyusul pada 12 Jun, Perry Mason, drama kisah fiksyen peguam bela jenayah lagenda Amerika Syarikat pula akan mula ditayangkan pada 22 Jun, dan I’ll Be Gone in the Dark, siri dokumentari akan debut pada 29 Jun.

Terbaru yang menyertai keluarga eksklusif HBO GO adalah HBO Max Originals, pilihan kendalian khas untuk audiens di Asia yang merangkumi drama bersiri, dokumentari, filem dan rancangan kanak-kanak dibawa dari Lionsgate, Paramount, Warner Bros dan Sesame Workshop. Antara 15 judul yang disahkan akan mula ditayangkan di HBO GO adalah komedi romantis Love Life dan program bual bicara The Not-Too-Late Show with Elmo sudah tersedia untuk pelanggan Malaysia.

Program Tambahan di HBO GO

Sebagai tambahan, HBO GO juga akan menyajikan drama-drama hebat Korea, filem produksi Hollywood terkini, termasuk siri negara Asia lain dan program popular kanak-kanak yang menjadi kegemaran di Cartoon Network seperti We Bare Bears, Adventure Time, The Amazing World of Gumball, dan Steven Universe.

Setiap akaun HBO GO dapat ditonton pada dua aliran serentak di lima peranti berdaftar, dengan pilihan audio dan sari kata dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin. Perkhidmatan ini juga mempunyai fungsi Airplay dan Chromecast untuk pilihan tontonan yang lebih fleksibel.

Percubaan 7 hari percuma disediakan. Untuk maklumat lebih lanjut atau melanggan, lawati hbogoasia.my.

Comments