EVERYDAY SUMMER: BAHARU, RINGAN & SOKONGAN TIDAK KELIHATAN



Every Summer - koleksi inovatif baru musim ini. Direka menggunakan LYCRA® FitSenseTM, coli ringan dan tidak kelihatan di sebalik pakaian ini menawarkan sokongan yang disasarkan. 

Teknologi LYCRA® FitSenseTM yang digunakan dalam bentuk cecair dan cetak saring ke atas fabrik jaring dan sangat ringan untuk memberi gaya serta fungsi, menyediakan zon tepat sokongan pada mangkuk dan kawasan sayap yang direka untuk keselesaan maksimum serta licin tanpa kesan. 

Diinspirasikan oleh aliran keselesaan dan permintaan untuk coli dengan jahitan kurang berstruktur serta lebih versatil, Everyday Summer mempunyai mangkuk busa memori menjadikan ia coli yang ideal untuk cuaca yang panas. Malah, dengan kemasan yang licin dan menyokong, ia sempurna untuk dipakai bersama kemeja T atau gaun musim panas. 

Coli dihias dan bergaya ini didapati dalam versi dawai sokongan penuh atau tidak berdawai dan didatangkan dalam dua pilihan warna hitam atau merah jambu muda. Padankan dengan celana pendek hipster untuk melengkapkan penampilan. 


Koleksi baru Everyday Summer akan berada di cawangan dan kedai atas talian di https://my.triumph.com/collections/everyday-summer dengan harga bermula daripada RM229 (coli) & RM79.90 - RM89.90 (celana).

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’