FILEM MALAYSIA MEMBUAT TAYANGAN TERUS KE RUMAH DI ASTRO FIRST



Industri penerbitan filem dunia dan tempatan amat terkesan dengan perubahan drastik akibat penularan pendemik COVID-19, ia diburukkan lagi dengan sekatan kemasukan kawasan yang dilanda teruk menyebabkan pengerakan dikawal. Pengiat filem tempatan dan antarabangsa berdepan isu utama apabila terpaksa menangguh tayangan filem di pawagam sehingga krisis ini dapat diselesaikan sepenuhnya.

Dilema ini turut dirasakan oleh pengiat filem di Malaysia apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan akur dengan peraturan baharu. Secara tidak langsung, segala perancangan untuk mempertontonkan filem di pawagam menemui jalan buntu. Justeru, selaras dengan normal baharu, corak menonton turut berubah apabila penonton sering dahagakan konten yang lebih segar dan berkualiti apabila masa lebih banyak dihabiskan di rumah. Astro dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bersama mencari jalan penyelesaian untuk memenuhi permintaan penonton serta membuka ruang buat para penerbit untuk persembahkan karya mereka. 

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Melalui kaedah ini ia telah terbukti apabila ia merintis jalan yang positif apabila filem yang memasuki saluran Astro First mendapat kutipan yang lebih baik berbanding filem-filem yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2019. Terutamanya filem Syif Malam Raya yang mula disiarkan minggu sambutan Hari Raya telah mengutip sebanyak RM3 juta dalam tempoh hanya 10 hari tayangan, ia menjadikan rekod tertinggi kutipan filem pada tahun 2020 setakat hari ini. 


Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata “Syif Malam Raya telah berjaya di Astro First dan ia telah menjadi perubahan yang baik dalam penerbitan filem di Malaysia. Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat penerbit Ray Theme Sdn Bhd dan Astro Shaw dalam memberi satu bentuk pemasaran yang lebih dinamik dan inovatif sekali gus membawa kejayaan kepada filem ini. Saya berharap akan ada lebih banyak lagi kejayaan filem tempatan apabila ditayangkan di saluran berbayar sewaktu kita menghadapi cabaran getir ini” 

Menurut Panchacharam P. Nalliah (Pansha), Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) “Kutipan filem ‘Syif Malam Raya’ ada satu pencapaian terbaik bagi filem tempatan yang ditayangkan di saluran berbayar Astro Frist sepanjang bulan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2020. Kutipan “Box Office” ini amat ketara sekiranya dibandingkan statistik kutipan di pawagam 5 tahun lalu pada setiap Hari Raya. PFM mengucapkan setinggi tahniah kepada penerbit dan Astro First yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hiburan sepanjang tempoh PKP dan terima kasih kepada penonton yang sentiasa memberi sokongan kepada filem tempatan. PFM yakin dan percaya akan lebih banyak filem tempatan yang bermutu dan berkualiti akan ditayangkan di Astro First pada masa akan datang. 

Bagi Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, “Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton - Astro First. Selepas kejayaan filem arahan Mamat Khalid; Manap Karaoke di Astro First pada 7 Mei, ia telah berjaya mengutip Rm1 juta. Astro First terus komited dengan membawakan pula filem terbitan pertama Ray Theme Sdn Bhd, Syif Malam Raya pada 21 Mei lalu turut berjaya mengutip RM3 juta. Filem ini ditayangkan pada minggu sambutan Raya Aidilfitri dan menjadi saat penting buat para penerbit untuk melihat kejayaan filem mereka. Kami sangat berbesar hati dengan penerimaan yang sangat baik dari penonton dengan kejayaan kutipan yang memberangsangkan apabila filem Syif Malam Raya berjaya mengutip sebanyak RM3 juta dalam tempoh hanya 10 hari. Kejayaan filem ini juga dapat dibuktikan apabila menerima jumlah tontonan yang baik di saluran NJOI, sebuah servis saluran prabayar yang dapat ditonton secara esklusif selama 5 hari.” 

Ahmad Fuzi Mansor dari Ray Theme Sdn Bhd, penerbit filem Syif Malam Raya menyatakan “Sebagai filem sulung terbitan Ray Theme Sdn Bhd, saya bersyukur dengan sambutan luar biasa untuk filem SMR dari penonton di Astro First. Walaupun pada asalnya filem ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam, pihak kami redha dengan situasi semasa. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua artis, karyawan, krew penerbitan, pengedar serta pihak Astro sehingga filem ini menjadi satu fenomena dalam era normal baharu bagi tayangan sesebuah filem”. 


Mamat Khalid, Pengarah ‘Manap Karaoke’ berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw, melalui kepakaran mereka telah menawarkan filem Manap Karaoke ditayangkan buat pelanggan di Astro First sewaktu PKP. Kami berharap pelanggan dapat terhibur dengan komedi yang disajikan ketika kita waktu yang tidak menentu ini.” 

‘Syif Malam Raya’ dan ‘Manap Karaoke’ kini boleh didapati di Astro Frist melalui TV dan On Demand, ia juga boleh distrem di Astro GO dan juga NJOI. Astro juga menawarkan ruang dan khidmat pemasaran kepada penerbit dan pengarah yang ingin membawa filem mereka kepada lebih 5.6 juta pelanggan di rumah. Akan datang seterusnya pelanggan akan dapat menikmati dua buah filem tempatan yang baru seperti Ada Apa Dengan Dosa sebuah filem percintaan drama dan sebuah filem seram, Town Mall di Astro First tidak lama lagi. 


Astro First merupakan saluran dimana menayangkan semula filem-filem tempatan selepas dua minggu tayangan di pawagam. Selaras dengan normal baharu, Astro First mengambil pendekatan dengan menayangan filem-filem terbaharu yang awalnya dirancang untuk tayangan di pawagam, akan tetapi kerana PKP, filem dibawa terus kepada pelanggan untuk ditonton di rumah dengan lebih selesa dan selamat. Tambahan pula, pelanggan yang tidak dapat menonton wayang seperti biasa kini berpeluang untuk menonton bersama keluarga di rumah.

Kredit foto: People photo created by freepik - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI