FOODPANDA SERTAI ‘E COMMERCE’ DAN ‘SHOP MALAYSIA ONLINE’



Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama bersama foodpanda, peneraju platform atas talian untuk membantu transformasi digital Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro, dan juga untuk mempromosi kan pembelian secara atas talian untuk kempen ‘E-Commerce’ dan ‘Shop Malaysia Online’.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Didalam ucapan beliau pada hari ini, adalah diharapkan inisiatif ini akan mendorong perusahaan mikro dan PKS supaya beralih kepada khidmat digital. Program ini akan diterajui oleh MDEC bersama platform e-dagang terpilih dimana peruntukan akan digunakan untuk sesi latihan, subsidi jualan dan bantuan jualan. 

Dalam masa yang sama, kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan atas talian melalui baucar diskaun dan promosi. “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk kempen ini. Setelah memperkembangkan servis kami ke seluruh Malaysia, kami berasa bertuah kerana berada di posisi di mana kami dapat membantu perniagaan-perniagaan PKS dan mikro untuk kembali pulih pasca PKPB. 

Kami berharap ini akan mendorong lebih banyak perniagaan untuk turut sertai kempen ‘E-Commerce’ dan ‘Shop Malaysia Online’ didalam usaha mereka untuk menyertai dan berkembang di dalam era digitisasi dan norma baru ini,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda. Kempen yang bakal berlangsung pada bulan Jun hingga September 2020 akan memudahkan transformasi digital perniagaan perniagaan PKS dan mikro, di mana sokongan khusus pemasaran dan akan diberikan oleh foodpanda untuk inisiatif ini. foodpanda juga akan mempromosi kan baucar diskaun untuk menggalakkan perbelanjaan di atas platform foodpanda. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com. Cara penggunaan: Pelanggan boleh memasukkan kawasan mereka dan melihat senarai restoran berhampiran melalui laman web foodpanda atau aplikasi iOS dan Android berkenaan. 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI