LADY GAGA KEMBALI MENDOMINASI CARTA DENGAN CHROMATICA



Chromatica album studio keenam Lady Gaga yang amat ditunggu-tunggu telah dilancarkan melalui Interscope Records dan sedang menduduki tangga pertama di carta iTunes di 58 negara.

Album Chromatica ini menampilkan kolaborasi Lady Gaga bersama Ariana Grande, Elton John dan Blackpink. Istimewanya, untuk album ini, BloodPop and Lady Gaga bekerjasama sebagai penerbit eksekutif.

Single terbaru album ini "Rain On Me", kolaborasi antara Lady Gaga dan Ariana Grande, menjadi debut Spotify terbesar pada tahun 2020, mencapai tangga pertama di carta Global dan US Spotify setelah dilancarkan dan kekal di tangga pertama pada carta iTunes di 29 negara dan tangga pertama di carta Apple Global. Single ini juga mencatat rekod untuk single kolaborasi wanita yang mendapat jumlah paling banyak untuk strim dalam sehari dalam sejarah Spotify. Muzik video yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu telah mencatat lebih dari 57 juta tontonan.

Single pertama dari album tersebut, "Stupid Love," menjadi debut di tangga teratas di iTunes di 58 negara, mempunyai 235 juta aliran di seluruh dunia sejak dilancarkan dan menjadi Billboard Top 10 ke-16 milik Lady Gaga. Dengarkan di sini. Manakala muzik video yang dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 11 Pro menjadi trending #1 di YouTube di seluruh dunia setelah dilancarkan dan kini mempunyai lebih daripada 85 juta tontonan. Tonton di sini.

Terkini juga Lady Gaga dan Blackpink melancarkan single kolaborasi mereka "Sour Candy," yang terus melonjak naik ke tangga pertama di carta iTunes di 53 negara. Dengarkan di sini.


Senarai Trek Album

1. "Chromatica I"
2. "Alice"
3. Stupid Love"
4. "Rain On Me" (menampilkan Ariana Grande)
5. "Free Woman"
6. "Fun Tonight"
7. "Chromatica II"
8. "911"
9. "Plastic Doll"
10. "Sour Candy" (menampilkan Blackpink)
11. "Enigma"
12. "Replay"
13. "Chromatica III"
14. "Sine From Above" (menampilkan Elton John)
15. "1000 Doves"
16. "Babylon"

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: ladygaga.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING