LEBIH 40 JENAMA MALAYSIA MENANGI ANUGERAH READER’S DIGEST 2020



Lebih daripada 40 jenama Malaysia adalah antara pemenang anugerah Jenama yang Dipercayai Reader’s Digest 2020 daripada 50 kategori yang tersenarai dalam tinjauan tahunan ke-22 baru-baru ini dilaksanakan oleh agensi penyelidikan terkemuka, Catalyst Research, yang telah ditugaskan oleh syarikat penerbit popular, Reader’s Digest. Lima syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan merangkul kejayaan dalam kategori masing-masing, membuktikan kebolehupayaan jenama Malaysia dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti.

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, menerusi cawangan prasekolahnya yang dikenali sebagai Tadika KEMAS, telah memenangi Anugerah Emas di bawah kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah, seiring bersama Little Caliphs – rangkaian tadika Islam medium Bahasa Inggeris swasta terbesar di Malaysia. Ini adalah kali pertama rangkaian prasekolah milik kerajaan itu memenangi Anugerah Jenama yang Dipercayai. Sementara itu, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memenangi Anugerah Platinum dan Emas di bawah kategori Universiti Awam. Pos Laju dan Amanah Saham Nasional Berhad adalah antara pemenang Anugerah Emas bagi kategori Penghantaran Udara/Perkhidmatan Kurier dan Syarikat Dana Pelaburan.

“Kepercayaan merupakan satu aspek penting dalam komuniti kita, lebih-lebih lagi pada waktu yang sukar kini sejak awal tahun 2020. Krisis COVID-19 telah memberi impak terhadap perniagaan dan individu di seluruh dunia, dan banyak organisasi sedang menstruktur semula operasi, untuk meneruskan jalinan dan reputasi yang memakan masa bertahun-tahun untuk dibina. Tinjauan tahunan ke-22 bagi Jenama Paling Dipercayai di Malaysia memberikan gambaran penting, mengenai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini untuk mendapatkan lebih kepercayaan daripada pengguna,” kata Louise Waterson, Ketua Pengarang Reader’s Digest Asia Pasifik.

Tinjauan ini dijalankan ke atas lebih daripada 8000 individu yang dipilih di lima pasaran utama di wilayah ini: Malaysia, Filipina, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Tambah Waterson, “Walaupun COVID-19 telah mengubah pasaran, dan tabiat pengguna, perkara lain seperti hubungan kita dengan jenama terus kekal. Bagi sesebuah jenama itu sendiri, kepercayaan sangat penting dalam menghadapi krisis, dan pada akhirnya, kepercayaan dibina atas asas tradisional iaitu, kualiti, konsisten, kejujuran dan menepati janji. Dari segi keadaan semasa dengan wabak ini, ini bermaksud sikap proaktif dan menjangkau pelanggan perlu dipergiatkan dengan lebih lagi daripada sebelum ini. Fokusnya adalah untuk menjaga hubungan dengan individu tersebut.”

Reader’s Digest percaya bahawa Jenama yang Dipercayai faham bahawa komunikasi terbuka menerusi rasa saling menghormati dan empati adalah kunci untuk meredakan kegelisahan pengguna. Oleh itu, kriteria yang digariskan dalam tinjauan tersebut memenuhi kepentingan pelanggan dan memahami situasi mereka dengan memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan, bukti penghargaan jenama-jenama ini terhadap pelanggan mereka.

Selain jenama terkemuka, personaliti Malaysia – Datuk Lee Chong Wei, Alif Satar, Adibah Noor dan Raja Azura juga dikenalpasti sebagai personaliti yang paling dipercayai dalam kategori masing-masing tahun ini. Untuk senarai pemenang Anugerah Reader’s Digest Jenama yang Dipercayai 2020, sila layari:


PARA PEMENANG YANG TERKENAL

  • Panasonic mendominasi bahagian Produk Isi Rumah dan Elektronik Pengguna, dengan empat kemenangan yang luar biasa (Penyaman Udara, Peti Sejuk, Mesin Pencuci dan Televisyen).
  • Great Eastern memenangi kedua-dua kategori Insurans Hayat dan Kad Kesihatan.
  • Coway sekali lagi muncul sebagai pemenang Platinum dalam kategori Pembersih Air untuk tahun 2020.
  • Alir Satar memenangi Hos/Penyampai TV Paling Dipercayai untuk Berita & Hal Ehwal Semasa, manakala Adibah Noor sekali lagi telah dipilih sebagai Penyampai Hiburan/Varieti Paling Dipercayai.
  • Datuk Lee Chong Wei sekali lagi memenangi Personaliti Sukan Paling Dipercayai, dan pada masa yang sama, Raja Azura merangkul kemenangan sekali lagi pada tahun ini untuk Penyampai Radio Paling Dipercayai.

MENGENAI TINJAUAN DAN UNTUK MELIHAT SENARAI PENUH 

Tinjauan ini tidak dijalankan ke atas pembaca majalah Reader’s Digest. Ini adalah satu undian bebas dan keputusannya diterbitkan secara eksklusif di Reader’s Digest Malaysia. Agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research, meniliti sampel daripada 8000 individu dari Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan untuk menentukan jenama yang paling dipercayai oleh pengguna Asia.

Tinjauan mengenalpasti jenama, produk dan perkhidmatan yang dipercayai oleh pengguna adalah lebih daripada 50 kategori.

Jenama yang tersenarai adalah jenama yang digunakan dan dikenali oleh pengguna di Malaysia dalam kehidupan seharian mereka; sama ada beras yang mereka sajikan untuk keluarga mereka, pasar raya tempat mereka berbelanja, atau syarikat insurans yang mereka langgani. 

Jenama ini adalah jenama yang kita minati setiap kali kita membuat keputusan pembelian, jenama yang menunjukkan konsistensi dan jangka hayat panjang mereka, merupakan jenama yang dipercayai dalam fikiran pengguna biasa.


Kredit foto: Book photo created by rawpixel.com - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING