5 PANDUAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI WIFI DI RUMAH


Anda tentu dapat bayangkan perasaan kecewa apabila sambungan Internet anda tiba-tiba terputus kerana masalah isyarat semasa membuat panggilan mesyuarat yang penting atau sewaktu menyaksikan rancangan Netflix kegemaran anda. Sejak kebelakangan ini, kita menggunakan lebih banyak aplikasi yang menggunakan lebar jalur yang intensif dan Internet dari rumah. Maka sudah tentu kita akan mengalami beberapa isu yang berkait dengan rangkaian. Berikut ialah beberapa syor dan petua khusus yang boleh dicuba untuk memaksimumkan kesalinghubungan dan prestasi wifi di rumah.


1. Apakah punca masalahnya?
Langkah pertama ialah mengenal pasti punca masalah. Ada banyak sebab mengapa sambungan Internet terganggu. Antara tiga faktor yang utama termasuklah kedudukan router, teknologi serta peranti yang dihubungkan oleh router. Cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah Wi-Fi dari rumah anda sendiri adalah dengan menggunakan EasyFix Smart Diagnosis. EasyFix boleh membantu mengenal pasti sebarang potensi kerosakan dan mengesyorkan penyelesaian untuk mengoptimumkan sambungan unifi anda. Layari https://easyfix.unifi.com.my/ untuk mendapatkan panduan cara menggunakan Easyfix.

2. Ketahui tentang “Zon mati”
Zon mati ialah kawasan di rumah, apartmen, pejabat atau sebarang kawasan lain yang sepatutnya diliputi oleh Wi-Fi. Apabila anda cuba membuat sambungan di kawasan ini, peranti anda menunjukkan tiada isyarat. Walaupun nampak mudah, namun lokasi router Wi-Fi anda mempunyai impak yang besar terhadap kekuatan isyarat. Pastikan router Wi-Fi berada pada kedudukan terbaik di rumah anda di lokasi yang tinggi dan tanpa halangan. Elakkan daripada meletakkan router di antara dinding. Kedudukan router yang terlalu rapat dengan bahan seperti konkrit atau bata boleh mengehadkan keupayaannya untuk membuat sebaran ke seluruh rumah anda dan mungkin mewujudkan zon mati. Jarak fizikal turut menjadi faktor pemasangan router. Lebih jauh kedudukan anda dari router maka lebih lemah isyarat wifi yang anda terima.



3. Jauhi router anda daripada halangan
Isyarat WiFi boleh diserap sebahagiannya atau disekat terus oleh pelbagai halangan dan objek seperti perabot, peralatan rumah, barangan hiasan seperti cermin, akuarium, permukaan berlogam malah manusia. Pengadang WiFi ini memberi kesan negatif terutamanya kepada rangkaian WiFi 5 GHz disebabkan oleh isyarat frekuensi yang lebih tinggi tidak dapat menembusi objek pepejal dengan baik berbanding isyarat frekuensi yang lebih rendah.



4. Menukar router kepada jalur yang berbeza
Anda mungkin perlu memeriksa jalur router anda. Secara ringkasnya, jalur router adalah seperti saluran untuk lalu lintas rangkaian. Jika anda memiliki router dwi jalur, anda mempunyai dua pilihan untuk menyalurkan rangkaian. Sebarang peranti yang menstrimkan video HD atau permainan video dalam talian lebih menggemari penggunaan rangkaian 5 GHz. Rangkaian ini memberikan kelajuan Internet yang lebih pantas tanpa banyak gangguan. Router dwi jalur membolehkan anda menukar antara dua frekuensi: kelajuan dan liputan.



5. Dapatkan penambah Wi-Fi atau rangkaian jaringan
Jika anda perlu meliputi jarak yang lebih jauh, anda boleh menggunakan penambah jarak. Sekiranya rangkaian perlu meliputi kawasan yang lebih luas berbanding keupayaan router, anda mungkin boleh memilih untuk menggunakan Wi-Fi Jaringan. Tujian sistem jaringan adalah untuk menggantikan router anda dan bukan setakat menambah. Anda akan menghubungkan satu nod secara terus kepada modem anda, kemudian meletakkan satu atau lebih nod satelit di beberapa lokasi di rumah anda. Dengan Wi-Fi Jaringan unifi, anda boleh menggunakan aplikasi yang disertakan untuk mendapatkan panduan, petua dan nasihat tentang proses pemasangan. Wi-Fi Jaringan boleh dibeli melalui https://unifi.com.my/unifi-experience.

Bagi memaksimumkan prestasi internet unifi di rumah anda, beberapa langkah mudah boleh memberikan penyelesaian. Sambungan internet yang sentiasa perlahan bukan sahaja memberi kesan kepada produktiviti anda malah turut mengganggu perasaan anda. Penyelesaian ini disyorkan bagi membolehkan masa bekerja, berehat di rumah dan bermain yang lebih bermakna.


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!