REALME C11 TIBA DI MALAYSIA DENGAN HARGA RM429 JULAI INI



realme Malaysia hari ini memperkenalkan satu lagi produk baharu bagi siri C. Peranti ini didatangkan dengan reka bentuk geometri trendy dengan bateri sebesar 5000 mAh untuk dinikmati rakyat Malaysia. Ianya akan tersedia dalam varian 2GB + 32GB dan boleh dibeli melalui Shopee mulai 7 Julai 2020. 

“Kami telah membawa satu lagi model telefon pintar entry-level king untuk rakyat Malaysia dengan reka bentuk bergaya terkini serta warna yang unik bagi menyemarakkan kehidupan rakyat Malaysia. Telefon pintar ini juga sesuai untuk pengguna arus perdana dan juga gamer kerana ia dilengkapi dengan bateri besar. Menariknya, pengguna dapat menonton filem secara berterusan selama 40 jam dengan paparan skrin penuh 6.5 inci. Siri realme C11 dicipta untuk pengguna menikmati kelebihan pemandangan pada waktu malam (nightscape mode) dengan kualiti gambar pada harga yang luar biasa.” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia. 

Reka Bentuk 
realme C11 ini dilengkapi dengan paparan skrin penuh mini drop 6.5 inci yang menawarkan pandangan yang lebih besar yang memberi pengalaman hebat semasa bermain game dan menonton filem. Ia tersedia dalam dua warna inspirasi rempah; Mint Green dan Pepper Grey. Kedua-dua warna ini biasa digunakan dalam masakan untuk menghadirkan rasa unik yang memberikan pengguna "rasa" unik. 

Pada bahagian belakang telefon, ia mempunyai kesan cahaya reflektif khas yang membuatkan pengguna berasa lebih selesa ketika memegangnya selain mencegah calar atau tergelincir dari tangan. Dari segi kamera, ia direka dengan bentuk segi empat yang mempunyai dua lensa yang merupakan lampu suluh dan spesifikasi kamera di tepinya yang menjadikan penutup belakang lebih premium dan lebih trendy. 

Prestasi
Model realme C11 ini dipadankan dengan cip pemproses MediaTek Helio G35 dengan ketersediaan lapan teras yang mencapai kitaran 2.3GHz, selain menggunakan struktur Cortex A53. Ia sangat sesuai untuk pengguna telefon pintar arus perdana kerana dapat menggunakan pelbagai aplikasi dan permainan pertengahan hingga berat. 

Bateri
realme C11 turut dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh untuk penggunaan tanpa henti sama ada ketika bermain game atau menonton filem. Ia boleh bertahan sehingga 40 hari dalam mod standby atau boleh membuat panggilan selama 32 jam. realme C11 juga dilengkapi dengan teknologi reverse charging yang boleh bertindak sebagai powerbank bagi telefon yang lain. 

Kamera
realme C11 mempunyai kamera utama yang menggunakan sensor gambar 13MP dengan bukaan luas, f/2.2 yang cukup bagi menjamin cahaya, menjadikan gambar lebih jelas dan terang. Selain itu, ia juga menyokong PDAF yang menjadikan fokus lebih cepat dan tepat dengan zoom 4x yang memungkinkan pengguna untuk mengambil gambar yang jelas dari jarak jauh. 

Kamera belakang di realme C11 pula menyokong kesan bokeh yang menjadikan subjek lebih menonjol. Ia dilengkapi dengan mod pemandangan malam yang memberi pengguna kemampuan untuk menangkap gambar malam terbaik dan berkualiti. 

realme UI
realme C11 dipadankan dengan sistem Android 10 dan ColorOS 7 dengan realme UI yang dibina dengan lancar dan menyeronokkan. Ia juga direka berdasarkan pilihan pengguna muda. 

Sebagai contoh, pengguna dapat menghidupkan mod fokus semasa belajar, ciri mod gelap di mana ia akan dimatikan secara automatik ketika matahari terbit dan dihidupkan ketika matahari terbenam, menggunakan juga boleh menggunakan 3 jari untuk screenshot.


Ketersediaan Produk
Versi
Warna
Tarikh Jualan

realme C11

RM 429
2+32GB

Mint Green
&
Pepper Grey


Jualan pertama online di Shopee
-  7 Julai 2020
-  PERCUMA realme Buds 2
-  Pautan: https://bit.ly/c11Spr

Jualan offline seluruh negara
-        Akan datang




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai realme Malaysia, sila ikuti perkembangan di laman rasmi Facebook juga di Instagram @realmemalaysia


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO