SUBWAY MALAYSIA PERKENAL HIDANGAN BAHARU #TAMBAHPEDAS



Subway® Malaysia menghangatkan suasana bulan ini dengan pelancaran rangkaian roti Sub baharu edisi terhad #tambahpedas yang pedas dan enak!

Berikutan tambahan 12 ramuan segar ke dalam menu Subway Malaysia termasuk serbuk cili dan sos sizzling, dua hidangan Spicy Mayo Chicken dan Hot Pepper Chicken telah diperkenalkan untuk menghangatkan lagi waktu makan anda.

Roti Sub Spicy Mayo Chicken menampilkan ayam yang telah diperap dalam rempah-ratus ala-Southern Amerika Syarikat manakala Sub Hot Pepper Chicken berintikan hirisan ayam lembut yang disaluti sos Hot Pepper yang pedas.

Penggemar Subway digalakkan untuk berkongsi pengalaman roti sub pedas mereka di media sosial dengan tanda pagar #tambahpedas.

Hidangan roti sub edisi terhad ini boleh didapati sekarang di restoran Subway dan juga melalui aplikasi penghantaran Foodpanda dan GrabFood.



Untuk maklumat lanjut, sila layari www.subwayisfresh.com.my

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

SWS KIDS, JENAMA NUTRISI KANAK-KANAK BAHARU LANCAR PATI AYAM RENDAH SODIUM PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6 BULAN DAN KE ATAS