TAYANGAN PERDANA "IT’S OKAY TO NOT BE OKAY" HANYA DI NETFLIX.



Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) bekerja sebagai pembantu di sebuah wad psikiatri. Gang-tae dikurniakan kesempurnaan dalam rupa, kepintaran, kebolehan untuk bersimpati dengan orang lain, kesabaran, ketangkasan dan banyak lagi. Dia menjaga abangnya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang lapan tahun lebih tua daripadanya dan mempunyai autism.

Takdir menyebabkan Gang-tae bertemu dengan seorang gadis, Ko Mun-yeong (Seo Yea-ji), seorang penulis buku kanak-kanak yang pentingkan diri sendiri, sombong, dan biadap. It’s Okay to Not Be Okay menampilkan kisah percintaan yang luarbiasa di antara dua insan yang berbeza yang akhirnya menyembuhkan luka di hati satu sama lain. 

Tayangan Perdana: 21:30 MYT, 20 Jun 2020
Jadual Tayangan: 2 episod setiap minggu, Sabtu dan Ahad
Jumlah episod: 16 episod / 70 minit
Genre: Komedi romantik / Drama
Pengarah: Park Shin-woo
Penulis Skrip: Jo Yong
Pelakon: Kim Soo-hyun, Seo Yea-ji, Oh Jung-se




Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

SENTUHAN KASIH “SUPER MUMMY” WANY HASRITA: SELAMI REALITI INDAH DUNIA KEIBUAN MENERUSI OH MUMMY!+ MULAI 5 JULAI INI