WATSONS PERKENAL RANGKAIAN BYE BYE PORES FROM PINK BY PURE BEAUTY



PINK by Pure Beauty kembali lagi dengan rangkaian komprehensif penjagaan kulit yang baharu untuk wajah yang lebih licin dan berseri.

Diadunkan bersama kompleks bunga merah jambu, abu gunung berapi dan air mata air panas semulajadi dari Jeju, Korea, PINK by Pure Beauty menyerlahkan seri wajah. Kini, ditambah dengan bahan aktif karbon untuk mengecilkan pri, mengawal minyak berlebihan dan menghaluskan kulit.


Rangkaian Bye Bye Pores diformulasi untuk mengawal tiga masalah utama pori iaitu pori tersumbat, pori berpigmen dan pori mengendur. Pori tersumbat adalah akibat minyak yang berlebihan yang menyebabkan bintik butih dan bintik hitam di permukaan kulit. Solusinya adalah pembersihan mendalam dan mengawalan minyak. Bagi pori berpigmen pula, ia disebabkan oleh melanin yang dihasilkan oleh kulit dan ini menyebabkan pori kelihatan lebih gelap dan kusam. Masalah ini boleh diatasi dengan pembersihan mendalam dan pencerahan tona kulit. Pori mengendur disebabkan oleh kehilangan kekenyalan dan kulit yang kering. Solusi untuk masalah ini adalah pengecilan pori, dan hidrasi.


Terdapat 6 produk dalam rangkaian Bye Bye Pores iaitu Bye Bye Pore Cleansing Foam, Bye Bye Pore Toner, Bye Bye Pore Essence, Bye Bye Pore Clay Mask, Bye Bye Pore Drying Lotion dan Bye Bye Pore Peeling Pad.


Rangkaian Bye Bye Pores PINK by Pure Beauty boleh didapati di kedai-kedai Watsons dan secara online dengan diskaun 30% untuk semua rangkaian produk. Untuk maklumat lanjut, sila layari Watsons.com.my atau laman Facebook Watsons Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM