FINAS SIASAT PENJUALAN CETAK ROMPAK FILEM-FILEM TEMPATAN



Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sedang membuat siasatan berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompak di platform terbabit. Beliau menjelaskan pihaknya kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang menjual filem-filem cetak rompak secara digital.

'Keluarga Iskandar' antara mangsa cerak rompak

"Kami akan menyiasat dua pihak iaitu pihak e-dagang dan mereka yang menjual filem-filem tersebut. Siasatan kami untuk memastikan sama ada mereka ini mempunyai lessen pengedaran dan adakah sudah mendapat kebenaran pihak penerbit untuk menjual filem-filem tersebut.

"Berdasarkan laporan yang kami terima, mereka tidak mendapat kebenaran dari penerbit untuk menjual filem-filem tersebut," katanya kepada Astro AWANI.

Comments

Popular posts from this blog

HOMESOY PERKASA PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MELALUI KEMPEN ‘STOP THAT DOT TOGETHER’

HOSPITAL PICASO, BD DAN COLLEGE OF RADIOLOGY MALAYSIA LANCAR KERJASAMA UNTUK MEMPERKUKUH LATIHAN INTERVENSI PAYUDARA DI SELURUH NEGARA

CELCOMDIGI LANCAR FASA BAHARU CD:NXT UNTUK MEMPERKASA BAKAT DIGITAL MALAYSIA