MILO PERKENAL VARIAN ACTIV-GO PLUS FIBRE BAHARU


Kebaikan MILO® kini melangkah lebih jauh dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu. Varian serbuk MILO® terbaharu ini mengembangkan lagi rangkaian produk MILO® dengan menawarkan lebih kebaikan, khasiat dan tenaga yang bukan sahaja selama ini telah menjadi pelengkap sarapan pagi Malaysia malahan memupuk juara dari generasi ke generasi. 

MILO® Activ-Go Plus Fibre mengandungi 2.5 kali serat berbanding serbuk MILO® Activ-Go yang biasa. Serat merupakan komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan pencernaan. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 baru-baru ini mendapati 9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran – iaitu sumber serat yang penting – dengan mencukupi. MILO® Activ-Go Plus Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu menangani masalah ini. Satu hidangan (30g) MILO® Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12% pengambilan serat makanan harian yang disyorkan[1]

Seperti serbuk MILO® Activ-Go yang biasa, varian baharu ini mengekalkan kebaikan MILO® yang dibuat daripada malt barli, susu dan koko, lengkap dengan kehebatan rasa MILO® yang digemari ramai. Tambahan pula, ia mengandungi hanya kira-kira setengah sudu kecil (2.9g) gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan (30g). 

MILO® Activ-Go Plus Fibre juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna kandungan gula dan lemak adalah lebih rendah, manakala kandungan serat pula adalah lebih tinggi berbanding produk lain dalam kategori minuman malt serbuk yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat. 

“Kami kekal komited terhadap matlamat jenama kami untuk memacu inovasi produk dengan menawarkan pilihan berkhasiat yang menepati pelbagai keperluan dan cita rasa pengguna. Dengan adanya lebih kebaikan dalam MILO® Activ-Go Plus Fiber, kami ingin berkongsi manfaat kelebihan tenaga dan khasiat kepada seisi keluarga di Malaysia dengan menyokong pengambilan serat harian mereka. Dengan cara ini, kami berharap untuk meneruskan kebaikan MILO® demi memupuk generasi juara masa hadapan,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad. 

“Pelancaran MILO® Activ-Go Plus Fiber melambangkan satu lagi pencapaian yang amat bermakna bagi kami sempena sambutan ulang tahun ke-70 MILO® di Malaysia,” tambah beliau. 

Seperti produk-produk berkhasiat MILO® yang lain, MILO® Activ-Go Plus Fibre merupakan pelengkap kepada pemakanan yang seimbang dan sihat. Kelebihan MILO® Activ-Go Plus Fiber menjadikannya padanan sarapan yang sempurna bagi seisi keluarga. Gabungan unik vitamin dan mineral penting membantu membebaskan tenaga daripada makanan. 

Mudah sahaja untuk menikmati secawan MILO® Activ-Go Plus Fibre yang lazat. Hanya tambahkan 6 sudu kecil (30g) serbuk MILO® Activ-Go Plus Fibre ke dalam 200ml air panas. 



MILO® Activ-Go Plus Fiber kini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran atau dalam talian melalui laman e-dagang pilihan anda. Untuk mengetahui kebaikan tambahan MILO® Activ-Go Plus Fiber dengan lebih lanjut, layari https://www.milo.com.my/bm/milo-activ-go-plus-fibre.

[1] Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017, pengambilan serat makanan sehari yang disarankan ialah 20-30g.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!