SONAONE & KIDD SANTHE SAJIKAN ‘KUEY TEOW’ BUAT PEMINAT

 

SonaOne dan Kidd Santhe telah menganjurkan sebuah previu istimewa untuk lagu terbaru mereka berjudul ‘Kuey Teow’. Sejumlah 20 orang peminat dan 20 rakan media telah diberi peluang eksklusif untuk pratonton muzik video dan juga persembahan langsung mereka di Rasta, TTDI.

Acara yang dianjurkan oleh Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia yang berjudul ‘The Appetizer’ ini menyaksikan SonaOne dan Kidd Santhe beraksi di hadapan peminat muzik Hip Hop.

Lokasi tersebut telah dihiaskan dengan poster lagu dan food truck Quack Teow juga turut bekerjasama dengan menghidangkan kuey teow dan teh tarik percuma buat pengunjung.



Turut memeriahkan lagi acara tersebut, previu ini diacarakan oleh SonaOne dan Kidd Santhe sendiri sambil memakai pelitup muka dari mula hingga akhir acara, termasuk ketika persembahan langsung mereka dengan tiada kompromi dalam mematuhi pencegahan gejala Covid-19. Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dipatuhi sepanjang acara termasuk penjarakan sosial dan penggunaan aplikasi ‘check-in’.

SonaOne kemudiannya menutup tirai acara ‘The Appetizer’ dengan sesi tanda tangan bersama peminat. Pelbagai barang yang diminta untuk di tandatangani oleh peminat seperti poster, dan kasut juga dilayani oleh SonaOne. ‘Woosah’ hoodie dan t-shirt edisi khas yang direka oleh SonaOne sendiri turut dijual semasa acara tersebut.


Saksikan pengeluaran rasmi lagu “Kuey Teow” dari SonaOne dengan penampilan istimewa Kidd Santhe pada 21 Ogos 2020!

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"