MUSIM BAHARU US HIGHBUSH BLUEBERRIES BAWA BANYAK KEBAIKAN

 
Blueberries Amerika kembali lagi! Sempena kempen 2020, US HIGHBUSH blueberry melancarkan ‘Your Berry Best Friend’, meraikan satu lagi musim buah kecil berwarna biru yang manis.
  
Selain terkenal sebagai buah imuniti ‘blue-ster’ dan ‘super fruit’, blueberries juga buah yang kaya dengan anti oksida. Blueberries juga telah terbukti memberi manfaat kepada mereka yang makan, meningkatkan kesihatan jantung, mencegah kanser, meningkatkan imuniti dan banyak lagi. 


Cef selebriti Malaysia Dato' Fazley Yaakob bersama-sama meraikan majlis minum petang yang bertemakan blueberry sempena musim baharu US Highbush Blueberries. “Blueberries kaya dengan vitamin C, vitamin K, serat dan penuh berperisa serta mampu ‘menghidupkan’ setiap resipi, baik manis atau apa juga rasanya. Sebab itulah saya suka blueberries. Ia antara buah yang boleh dipelbagaikan,” kata pemilik restoran Minangkapau ini. 

Pada majlis tersebut, Dato' Fazley turut membuat demo sajian minum petang, Blueberry Thyme Scones. Menggunakan beri biru sejuk beku, scones yang dihasilkan bukan sahaja lembut dan lembap tetapi ia turut mengekalkan kemanisan serta menyatukan semua rasa. Tidak terhenti setakat itu, beliau kemudian mengagumkan tetamu dengan membuat demo sajian signaturnya Eton Mess yang turut menggunakan beri biru segar dan lazat serta puree tart sejuk beku. 

“Dengan gabungan kesemua jenis rasa dan juga khasiat, beri biru ini merupakan superfood yang sempurna untuk digabungkan dengan semua jenis hidangan. Sama ada ia manis, berperisa, masam atau pedas, hidangan blueberry adalah padanan yang sesuai. Saya juga sering menggabungkan ‘permata kecil’ ini dalam diet keluarga saya kerana khasiatnya yang banyak -dari sarapan hinggalah smoothies atau snek ‘on-the-go’ hinggalah pencuci mulut. Dengan blueberry jadikan sajian anda sajian yang mengagumkan,” tambah pemenang Malaysia Celebrity Masterchef 2012. 

Pada majlis yang sama, Cef Fazley turut berkongsi kelebihan, khasiat serta sajian yang sesuai dengan gabungan beri biru bersama tetamu yang hadir. Mereka menjamu selera dengan sajian minum petang berasaskan blueberry yang menggabungkan campuran blueberry segar, beku dan kering - menonjolkan dinamisme dan fleksibiliti buah yang hebat, menjadikannya makanan sempurna sepanjang tahun. 

Buah kecil berwarna biru ini yang berasal dari tanah Amerika Utara yang kaya dengan nutrien biasanya berbunga antara bulan April hingga September dan boleh dinikmati segar dalam tempoh ini. Bagaimanapun, ia tidak terhenti di situ kerana beri biru kering mempunyai jangka hayat yang sangat panjang manakala beri biru beku jangka hayatnya sepanjang tahun dan jangka hayat buah ini sekiranya di simpan di dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 10 bulan tanpa menjejaskan nutrien, kesegaran dan juga rasa. 

William Verzani, Kedutaan Pertanian Amerika Syarikat, Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (FAS), Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, berkata Highbush Blueberries Amerika Utara, Amerika Syarikat mempunyai warisan lebih daripada 100 tahun membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat dan memuaskan. 

“Blueberries mempunyai sejarah yang telah berakar umbi di negara kita. Iklim dan tanah yang sempurna membentuk ‘batu asas’ Blueberry AS Highbush yang lazat dan berkhasiat. Hari ini, Amerika Syarikat adalah pengeluar terbesar blueberry di seluruh dunia, kami berbangga untuk berkongsi rasa hebat dan manfaat kesihatan di seluruh dunia.” 

Dengan hanya 80 kalori dalam setiap hidangan, kelebihan kesihatan blueberry tiada kesudahan. Penuh dengan serat yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan menambah baik kepada diet anda; vitamin C menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan tisu serta vitamin K yang meningkatkan metabolisma tulang dan mengawal selia darah. 

“Kami bangga kerana blueberry kami yang terbaik di dunia. Penuh dengan manfaat dan khasiat kesihatan, blueberry adalah buah yang mesti dirasai oleh semua masyarakat dari semua peringkat umur, dari bayi hinggalah orang tua. Mereka benar-benar adalah rakan terbaik anda,” tambah William Verzani. 


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman sesawang US Highbush Blueberry Council https://www.blueberrycouncil.org/ dan juga media sosial, Facebook: https://www.Facebook.com/usblueberries/ atau Instagram: @littlebluedynamos

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA