ASTRO RAIKAN PELAWAK TEMPATAN DENGAN SIRI KOMEDI ‘M.A.C.C.’

 


Semua pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana siri komedi dokumentari baharu, ‘M.A.C.C.’, yang menampilkan empat pelawak tempatan terkenal iaitu Douglas Lim, Kuah Jenhan, Phoon Chi Ho dan Dr Jason Leong. Tayangan perdana episod-episod siri ini akan disiarkan dari 8 hingga 15 September, pada 8.30 malam di Hello (saluran 702) dan di Astro GO. Para pelanggan juga boleh strim episod-episod on demand, pada bila-bila masa selepas tayangan perdana.

Diterbit, ditulis dan diarahkan oleh ahli kumpulan yang paling muda dan besar kemungkinan juga, yang paling sentimental, Kuah Jenhan, siri ‘M.A.C.C.’ mendedahkan rakaman yang belum pernah dilihat, dari persembahan-persembahan terakhir bersama, di ‘MACC Mania X: The Goodbye Tour’ pada 2019. Dokumentari ini adalah seakan-akan surat cinta kepada semua peminat-peminat mereka, yang bertemakan ‘terima kasih, dan selamat malam’ buat kali terakhir. 

Semua pelanggan Astro dapat menyaksikan detik-detik eksklusif di belakang tabir, temu bual secara mendalam dan telatah lucu dari jelajah terakhir yang bersama-sama meraikan satu dekat persahabatan mereka. 

Penjelajahan di seluruh Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia, ‘M.A.C.C.’ menerokai sejarah bersama dengan naik turunnya kumpulan itu, dan meneliti kesan keempat-empat pelawak berdiri di pentas komedi tempatan dan luar negara. 

Pelanggan juga boleh menyaksikan ‘MACC Mania X: The Goodbye Tour’ pada 16 September, 11 malam di Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand. 

TAJUK & MAKLUMAT SIARAN

SINOPSIS EPISOD

MACC: Siri Komedi, Episod 1

8 September, 8.30 malam

Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand

 

M.A.C.C.  memperkenalkan sedikit 'kehidupan pelawak' sebelum mengumumkan jelajah ke-10 dan terakhir mereka pada sidang media yang sederhana.

MACC: Siri Komedi, Episod 2

9 September, 8.30 malam

Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand

Mereka berempat menerima temu bual di radio dan berterima kasih kepada Ching Yee. M.A.C.C. mengadakan sambutan secara kecilan sebelum memulakan jelajah.

MACC: Siri Komedi, Episod 3

10 September, 8.30 malam

Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand

M.A.C.C. membuat persembahan di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Singapura. Chi Ho nampaknya mempunyai masalah yang menyebabkan keprihatinan sedikit demi sedikit dari ahli kumpulan.

MACC: Siri Komedi, Episod 4

11 September, 8.30 malam

Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand

Mereka berempat meneruskan jelajah ke Pantai Timur Malaysia, Ching Yee membantu Jenhan membuat penemuan yang tidak begitu penting.

Sementara itu, Douglas dan Desmond melalui perbincangan berdua secara peribadi.

MACC: Siri Komedi, Episod 5

14 September, 8.30 malam

Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand

Setelah berada di pertengahan jalan untuk sementara waktu, ketegangan meningkat ketika M.A.C.C. menjelajahi Hong Kong. Douglas menjadi gangguan besar di Australia.

MACC: Siri Komedi, Episod 6

15 September, 8.30 malam

Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand

Dengan pertunjukan penutup yang semakin dekat dan hampir tidak berlaku, M.A.C.C. mengalu-alukan penambahan ahli keluarga baharu ke dalam kumpulan.

MACC Mania X: The Goodbye Tour

16 September, 11 malam

Hello (saluran 702), Astro GO dan on demand

Ini adalah komedi dari Malaysia ke dunia! Persatuan Pelawak Cina Malaysia (bukan persatuan sebenar) yang terdiri daripada Douglas Lim, Kuah Jenhan, Dr Jason Leong, dan Phoon Chi Ho menerbitkan konsert komedi (yang tidak akan pernah dilupakan) dalam tempoh satu tahun dan ini adalah satu perkara besar iaitu persembahan perpisahan ulang tahun ke-10. Mengharapkan pelbagai bahan, dari komen-komen sosial hingga cerita lucu dari isu semasa dan peribadi, yang tidak masuk akal dan sentimental.


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!