DECATHLON KUKUHKAN PLATFORM DIGITAL DENGAN LAZADA

 


Syarikat barangan sukan terkemuka Perancis, Decathlon, telah melantik platform eDagang terkemuka di Malaysia, Lazada, sebagai rakan niaga eDagang. Kerjasama ini memperkukuhkan platform digital Decathlon dan menyokong fasa perkembangan perniagaan yang seterusnya terutama dalam menyediakan akses yang mudah bagi barangan sukan buat pelanggan di seluruh negara dan dalam talian.

“Kerjasama bersama Lazada akan memberi Decathlon peluang untuk berhubung dengan lebih ramai peminat sukan di seluruh Malaysia. Dengan kehadiran kami di Lazada, kami percaya ia dapat memberi manfaat kepada dunia sukan. Ini juga dapat memberi inspirasi kepada peminat sukan serta pendatang baru untuk merasai pengalaman bersukan yang berharga. Kami mencipta peralatan serta produk sukan yang inovatif, berkualiti dan berpatutan supaya lebih ramai orang dapat menjadikan akitiviti sukan sebahagian dari gaya hidup sihat mereka. Platform dalam talian ini memudahkan akses untuk menikmati sukan,” kata Arnaud Sauret, Pengarah Urusan Decathlon.

Decathlon boleh didapati lebih daripada 57 buah negara. Di Malaysia, Decathlon mempunyai 5 kedai fizikal dan laman web dalam talian, decathlon.my.

Arnaud Sauret menambah, "Sejak pandemik Covid-19, kami menawarkan penghantaran percuma melalui laman web bagi memenuhi keperluan pelanggan. Kami melihat peningkatan dalam pembelian barangan sukan dalam talian pada masa ini. Orang ramai mengalihkan tabiat perbelanjaan mereka ke platform dalam talian, oleh itu, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam talian dan memanfaatkan pasaran barangan sukan yang sedang berkembang. Lazada adalah kolaborasi strategik yang akan membantu kami memperluaskan jenama serta pelanggan kami. Ini selaras dengan strategi Decathlon untuk meningkatkan jualan."


“Jenama-jenama di Malaysia kini memperluaskan platform digital mereka melalui e-dagang. Platform e-dagang kini telah menjadi bahagian penting dalam ekosistem runcit. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Decathlon dan mengalu-alukan kehadiran mereka di LazMall. Sejak pandemik Covid-19, pembelian barangan sukan dalam talian kini menjadi kebiasaan kerana keinginan untuk mengekalkan kecergasan di rumah merupakan peranan baru buat orang ramai. Dengan adanya Decathlon, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat di platform Lazada. Kami berharap agar dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar buat semua warga Malaysia bagi menikmati tawaran eksklusif untuk produk sukan berkualiti,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia. 

Decathlon bergabung dengan LazMall, destinasi membeli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara dan rakan terpilih untuk jenama sahih dan dipercayai dari seluruh dunia. LazMall menawarkan ruang khusus untuk mendapatkan akses terus ke 100% jenama antarabangsa dan tempatan terkemuka. Ia menawarkan tiga jaminan bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang berkualiti: keaslian 100%, pengembalian 15 hari tanpa kesulitan, dan juga perkhidmatan penghantaran yang terjamin.

Untuk maklumat lebih lanjut dan untuk membeli, lawati laman web Decathlon dan kedai rasmi di Lazada.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.