MALAYSIA TERIMA PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN PANDEMIK TERBAIK

Malaysia mengekalkan keunggulannya sebagai negara yang berjaya menguruskan pandemik COVID-19 dengan pencapaian sebanyak 96.6% kadar pemulihan pesakit COVID-19 pada awal 2020. 

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, angka itu juga telah meletakkan Malaysia di antara negara terbaik menangani pandemik berkenaan, di samping mempunyai jumlah pesakit pulih yang direkodkan antara yang tertinggi di dunia.

“Malaysia diiktiraf sebagai negara terbaik menangani COVID-19, selain mencatatkan jumlah kematian paling rendah di dunia (akibat COVID-19),” katanya. Malaysia juga telah menerima pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang paling bersedia untuk berdepan dengan pandemik COVID-19. Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut diiktiraf antara ‘tiga doktor terbaik’ dunia oleh China Global Television Network (CGTN).

Oleh hal demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh akhir penghantaran penyertaan bagi Medical Travel Media Awards (MTMA2020) ke 15 Oktober 2020. Majlis penyampaian anugerah berkenaan akan diadakan pada 10 Disember 2020. "Pelanjutan ini memberi ruang dan peluang kepada rakan media mempersiapkan laporan mereka merangkumi perkembangan yang lebih terkini berkenaan pelancongan kesihatan yang menjadikan negara lebih dikenali di peringkat antarabangsa," katanya.

Sebanyak 10 anugerah akan dipertandingkan dalam MTMA2020 anjuran MHTC pada tahun ini dan majlis anugerah ini juga disokong oleh Supernewsroom. Barisan hakim antarabangsa yang terdiri daripada pakar komunikasi akan membuat penilaian bagi setiap penyertaan. Salah satu kriteria utama untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 adalah artikel yang mendapat perkongsian tertinggi di media sosial. Elemen itu terbukti menjadi metrik utama mengukur daya tarikan dalam kualiti kandungan serta gaya penyampaian laporan berita.

MTMA telah dilancarkan pada tahun 2018 dan telah mengiktiraf kecemerlangan wartawan yang telah menghasilkan bahan-bahan tentang industri pelancongan kesihatan negara yang merangkumi media cetak, televisyen, radio, dan berita dalam talian. Penganjur menyasarkan untuk menerima lebih banyak penyertaan antarabangsa bagi MTMA2020 yang didorong oleh pemerhati media massa, selain pengenalan kategori baharu.  

Kategori Anugerah

Sebanyak 10 Anugerah akan dipertandingkan dan setiap kategori merangkumi penyertaan daripada Malaysia dan Antarabangsa.

 

Anugerah

Malaysia

Antarabangsa

Anugerah Media Pelancongan Kesihatan Media Cetak

Terbaik

Anugerah Media Pelancongan Kesihatan Media Dalam Talian Terbaik

Anugerah Media Pelancongan Kesihatan Media Penyiaran Terbaik

Anugerah Media Pelancongan Kesihatan Media Terbaik

Anugerah Media Pelancongan Kesihatan Media Pasukan Editorial Terbaik

 

Hadiah untuk Dimenangi:

       Hadiah wang tunai sehingga RM80,000 untuk dimenangi

 

Kriteria Kelayakan:

1.     Penyertaan mestilah diterbitkan atau disiarkan di antara 16 Julai 2019 hingga 15 Oktober 2020.

2.     Setiap penyertaan perlu dihantar ke Sekretariat selewat-lewatnya jam 5 petang (waktu Malaysia) pada 15 Oktober 2020.

 

Barisan Juri:

MHTC telah memilih barisan juri di peringkat antarabangsa, termasuklah:

1.     Hanizah Hamzah, Ketua Program TV di Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik

2.     Suhaimi Sulaiman, Bekas Pengerusi Bernama

3.     Monica Tindall, Editor ‘The Yum List’

4.     Chad Merchant, Editor ‘The Expat Group’

5.     Salina Abdullah, Editor Kanan Berita Harian

6.     Dr.Izzal Asnira, Pensyarah Komunikasi (Pemujukan) USM

7.     Prof.Kiranjit Kaur, Pensyarah (Perhubungan Awam)  UiTM

8.     Shannon Teoh, Ketua Biro Malaysia ‘Singapore Straits Time’


Malaysia, the World’s Healthcare Marvel

Malaysia merupakan destinasi pelancongan penjagaan kesihatan pertama dunia menurut ‘The Global Market Report 2018’ yang dihasilkan oleh LaingBuisson. Malaysia juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai "Negara Terbaik di Dunia bagi Penjagaan Kesihatan" dari 2015 hingga 2019 oleh ‘International Living’ yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan "Destination of the Year" untuk perjalanan penjagaan kesihatan oleh ‘International Medical Travel Journal’ yang berpangkalan di United Kingdom dari tahun 2015 hingga 2017 yang dinilai berdasarkan kualiti penjagaan kesihatan negara, kemudahan akses, dan harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut tentang MTMA2020 dan untuk menghantar penyertaan, sila  kunjungi laman sesawang berikut: https://www.mhtc.org.my/mtma/ atau di laman Facebook kami di https://www.facebook.com/MyMTMA/

MTMA2020 dengan sukacita memanggil penyertaan daripada organisasi media lokal dan antarabangsa

 

Kredit foto Medical photo created by freepik - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA