NESCAFÉ PERISA BAHARU - CARAMEL MACCHIATO & SMOOTH CAPPUCCINO



NESCAFÉ, jenama kopi kegemaran Malaysia, memperkenalkan NESCAFÉ Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino, variasi produk sedia untuk diminum (ready-to-drink) terbaharu dalam format cawan 250ml. Kedua-dua produk ini tampil dalam cawan mesra alam yang direka khas lengkap dengan penutup sippy, menjadikannya produk pertama seumpamanya dalam pasaran untuk segmen ini. 

Dihasilkan daripada biji kopi asal tunggal Brazil dan diimport dari Korea, NESCAFÉ Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino merupakan produk premium yang menawarkan kenikmatan rasa kopi yang seimbang dalam satu cawan. Hanya perlu ‘Shake, Peel & Enjoy’ untuk menikmati secawan NESCAFÉ Cup premium yang diadun dan dibru dengan sempurna pada bila-bila masa di mana jua! Caranya: Goncang dengan baik, dan tanggalkan penutup sippy. Seterusnya, tanggalkan lapisan pelindung, tutup semula penutup, dan secawan kopi lazat kini sedia dinikmati! 

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, pilihan NESCAFÉ Cup terbaharu ini merupakan ekspresi visi jenama itu iaitu ‘Crafted for Indulgence’ (‘Dicipta untuk Kenikmatan’). “Kami sentiasa berusaha mencari idea baharu untuk mengukuhkan jalinan hubungan dengan golongan belia dan menerapkan budaya kafe yang popular dalam kalangan belia ke dalam produk kami. Dalam pada kita menyesuaikan cara bersosial bersama kopi dengan situasi semasa, kami berbangga kerana dapat memperkayakan pengalaman penggemar kopi dengan suntikan nafas baharu ke dalam kopi kegemaran klasik kami yang kini sedia dinikmati terus dalam cawan.” 

Dengan rasa karamel yang lazat dan sentuhan susu berkrim, NESCAFÉ Cup Caramel Macchiato menawarkan pengalaman kopi yang premium buat penggemar karamel. NESCAFÉ Cup Smooth Cappuccino pula merupakan adunan espreso yang sempurna, diseimbangkan dengan kekayaan susu berkrim. Malahan, resipinya telah diperbaharui untuk menghasilkan tekstur yang lembut dan licin bagi menguja cita rasa! 

Kedua-dua variasi ini tampil dengan cawan yang mesra alam, dihasilkan 100% daripada pembungkusan plastik yang boleh dikitar semula. Dengan penutup sippy, penyedut tidak lagi diperlukan. Ini merupakan inovasi yang dapat mengurangkan sisa pembuangan, sejajar dengan komitmen berterusan Nestlé ke arah mencapai sasaran alam sekitar yang lebih mapan. 



NESCAFÉ Cup baharu boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven dan MyNews, serta kedai serbaneka di stesen-stesen petrol yang terpilih di Semenanjung Malaysia. Layari laman NESCAFÉ Cup untuk maklumat lanjut: https://www.nescafe.com/my/our-coffees/go

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM