SYA, ARTIS WANITA PERTAMA DEF JAM ASIA TENGGARA
Pada bulan Disember 2018, SYA berkongsi sebuah puisi ciptaannya dengan rakan karibnya. Siapa sangka kemampuannya untuk meluahkan perasaan melalui prosa berirama dan cintanya kepada kosa kata akan memberikannya peluang emas beberapa tahun kemudian - sebagai artis wanita pertama yang menandatangani kontrak dengan Def Jam Asia Tenggara di ketika usianya 23 tahun.
"Saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan beberapa produser dan artis terbaik masa kini. Sangat gembira diangkat sebagai seorang rapper, bukan hanya sebagai wanita, tetapi juga dari segi kreativiti. Tetapi sebagai rapper wanita pertama mereka, saya merasa seperti memikul satu tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk sekurang-kurangnya menjadi contoh bahawa wanita dapat bertahan dalam industri sama seperti lelaki. Mudah-mudahan pengaruh saya akan dirasai dalam bidang lain juga,” kata SYA.
Minat dan tujuannya
kepada muzik tidak lari dari sentimen asalnya sejak hari dia berkongsi
puisinya. "Saya membuat muzik kerana pada mulanya itu adalah satu bentuk
terapi bagi saya, agar saya cekal mengharungi sesuatu, meluahkan keresahan
saya. Kemudian perlahan-lahan ia menjadi cara bagi saya untuk menolong orang
meluahkan emosi mereka - tentang mencari seseorang yang memahami.”
Walaupun
pengaruhnya berbeza – merentasi spektrum Hip Hop dan R&B tahun 90-an hingga
ke awal tahun 2000-an - SYA menyatakan bahawa inspirasi utama adalah ibunya.
"Saya tidak pernah benar-benar menyoal diri sendiri dalam hal muzik yang
saya sukai kerana biasanya saya boleh dapat inspirasi dari berbagai sumber.
Tetapi apa yang saya rasa baik kebanyakannya dipengaruhi oleh ibu saya.”
Mengenai penulisan lagu, SYA juga memiliki banyak pilihan. "Kesemuanya
adalah gabungan pengalaman peribadi, orang di sekitar saya atau khayalan dalam
fikiran saya; semuanya dari tempat yang jujur haha,” dia berseloroh.
Kejayaan besar telah menjadi satu kebiasaan sejak kebelakangan ini buat SYA apabila
dia mencapai kejayaan demi kejayaan sambil membuat khayalannya menjadi
kenyataan. Pada bulan Januari 2019, rap gaya bebasnya, KIKA, telah mencapai
tahap populariti viral, menarik perhatian ikon Hip Hop seperti Joe Flizzow dan
SonaOne. Pada bulan September 2019, dia menjulang kejayaan itu sekali lagi
dengan rap gaya bebas. Berzerk. Berzerk adalah komet bercahaya yang membawa Def
Jam Asia Tenggara memasuki orbit SYA - dan perjalanan seterusnya menuju ke sfera
cakerawala.
Comments
Post a Comment