12 LAGU MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU 35 ADALAH......
Dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni, episod ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) yang dinantikan telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Persoalan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), tahun hadapan telah terjawab, menghentikan gusar para penonton serta barisan semi finalis Muzik Muzik 35.
Anugerah Juara Lagu 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.Lagu terbaik malam ini adalah Belenggu Rindu lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35. Selain lagu itu, dua lagu lain yang telah diangkat sebagai lagu terbaik dalam dua episod lalu iaitu ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini dan ‘7 Nasihat’ juga berjaya melangkah ke AJL35. Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Dato’ Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.
Senarai 12 buah lagu yang akan bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 adalah:
SFMM35 mendapat sokongan penaja utama, McDonald’s Malaysia. Meriahkan Muzik Muzik 35 Separuh Akhir sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui McDelivery! Confirm puas dan berbaloi. SFMM35 turut mendapat sokongan rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur dan xtra.com.my.
Siaran ulangan SFMM35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 dan Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur. Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #SFMM35 dan #AJL35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.
Feature photo by: Background photo created by freepik - www.freepik.com
Comments
Post a Comment