AKADEMI MODELING FASHIONTV PERTAMA AKAN DIBUKA DI MELAKA


Sheng Tai International Sdn Bhd (Sheng Tai International), syarikat pemaju tempatan yang khusus di dalam pelancongan hartanah, kini mengambil industri fesyen Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. 

Dengan berkolaborasi bersama FashionTV, sebuah platform antarabangsa bagi trend fesyen dan penyiaran gaya hidup, Sheng Tai International akan melancarkan akademi modeling FashionTV yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia akan terletak di hotel lima bintang di Melaka iaitu Hotel Ames.

Akademi modeling akan membawa pelajaran yang avant-garde dan inovatif kepada kajian modeling fesyen. Semua lapisan masyarakat, adalah dialu-alukan untuk mendalami minat mereka kepada fesyen dan menerima latihan yang terbaik daripada jurulatih tempatan dan antarabangsa – suatu peluang sekali seumur hidup untuk sesetengah orang dan selangkah ke dalam kehidupan baharu bagi ramai orang.

Kurikulum di akademi modeling ini juga akan menggalakkan kolaboratif dan dan kreatif sementara menyediakan pelajar dengan kemudahan latihan yang tiada taranya. Akademi ini akan menyediakan kelas modeling profesional untuk semua orang, termasuk kanak-kanak dan model Muslim yang berminat. Orang dewasa yang berminat menyertai akademi model ini hanya perlu ada ketinggian 170 sentimeter – di Malaysia!

Perjanjian perlesenan telah dimeterai antara Dato' Leong Sir Ley, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Tai International dan Alona Fischbein, Pengarah FashionTV bagi mengukuhkan usaha kolaborasi tersebut. 

Dato' Leong Sir Ley dari Sheng Tai International, berkata, "Kami memperteguhkan lagi hubungan dengan FashionTV dengan akademi modeling FashionTV yang pertama di Asia Tenggara dan di Malaysia. Faktor kami memilih untuk menjalin perkongsian dengan FashionTV untuk menerajui akademi model ini adalah kerana pengiktirafan dan kedudukannya di peringkat antarabangsa.

Sheng Tai International menjalin perkongsian dengan jenama antarabangsa seperti FashionTV bagi meningkatkan ciri-ciri dan fasiliti hartanah berkelas dunia miliknya. “Jenama antarabangsa ini pastinya akan menyuntik lebih banyak pengaruh dan mencetuskan inspirasi kepada usahawan dan pelabur untuk menyertai rangkaian kami yang pesat berkembang ini,” jelas Dato’ Leong.

Beliau menambah, “Disebabkan pandemik, ramai orang mula bekerja dari rumah, menjadiakan keperluan tinggal di bandar bukan lagi satu keutamaan. Langkah FashionTV menjalin usahasama dengan kami menunjukkan bahawa jenama besar sedang mencari peluang di kawasan luar bandar raya, memberi hartanah kami di Melaka peluang dan potensi yang lebih besar, terutama The Sail.

"Graduan dari Akademi Modeling FashionTV di Hotel Ames oleh Sheng Tai Internatnional akan menerima sijil yang akan membuka peluang kepada mereka di pentas antarabangsa. Ini bermakna mereka yang bercita-cita menjadi model fesyen di Malaysia mempunyai pintu masuk untuk mencapai kemuncak kerjaya ini di peringkat global,” ujar beliau. 


Dato’ Leong juga berkata, “Setiap tahun, akademi akan menganjurkan acara peragaan di Hotel Ames, di mana pemenangnya akan dipelawa untuk menyertai acara di luar negara oleh FashionTV. Sementara tiada acara sedemikian semasa pandemik ini, sebaik sahaja keadaan kembali normal kelak, pemenang akan dipelawa membuat penampilan di luar negara.”

"Lagipun, usahasama ini adalah bukti kepada kesungguhan dan komitmen kami ke arah membina masa hadapan lebih cerah bagi Melaka dan Malaysia secara keseluruhan, untuk menarik lebih ramai pelabur ke dalam negara dan memainkan peranan kami untuk memacu pemulihan ekonomi yang terjejas oleh COVID-19,” kata Dato’ Leong.

Alona Fischbein, Pengarah FashionTV, berkata, "Kami adalah platform untuk fesyen dan gaya hidup di seluruh dunia dan kami sentiasa mencari kaedah untuk membawakan pengalaman baharu kepada mereka yang sukakan fesyen.

Fesyen adalah Minat kami. Akademi FashionTV adalah satu inisiatif yang akan membolehkan pelajar meneroka dan merasai pengalaman teruja mereka terhadap industri fesyen. Kami berharap akademi ini akan mengangkat pelajar kita ke tahap yang baharu dan menunjukkan mereka, potensi masing-masing untuk masa hadapan.”

Terletak di Ayer Keroh, Ames Hotel akan menjadi tempat sempurna untuk menjadi akademi ini. Disukai ramai pelancong ke Melaka, Ames Hotel adalah tempat percutian bandar yang juga menyediakan ruang selesa di dalam persekitaran berkelas. Hotel ini memiliki reka bentuk bilik yang luas dan canggih serta peralatan eksklusif direka untuk apa sahaja acara perniagaan atau santai.

Akademi ini terletak di Hotel Ames / Metrasquare dan akan mula menerima pelajar pada  Q2 2021. Akademi ini bakal menjadi satu lagi tarikan utama ke Melaka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi FashionTV di Malaysia, sila hubungi +6011 3737 3399. 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!