BONIA LANCAR KOLEKSI DRAVMO UNTUK PENCINTA FITNESS



BONIA melebarkan sayapnya ke dunia kecergasan dengan pelancaran koleksi untuk fitness pertama, Dravmo, yang dikini boleh didapati secara eksklusif di  BONIA.com.


Koleksi ini menandakan pencapaian baharu dalam evolusi jenama tempatan berprestij ini sejak diasaskan dalam tahun 1974. Neu Romantic, sebuah koleksi sebelum ini telah memperagakan perubahan terhadap identitinya ke arah rekaan lebih berani, kontemporari dan segar. Koleksi Dravmo ini meluaskan katalog ke satu arah baharu yang mengujakan.


Diperbuat daripada getah semula jadi dan TPE yang tidak mudah tergelincir, tikar yoga hitam dalam koleksi ini direka untuk memberikan keselesaan walau dalam senaman berintensiti tinggi. Namun begitu, bintang koleksi ini adalah beg galas yang direka untuk membawa tikar yoga tersebut. Luaran yang bertekstur dan tali silang memberi penampilan yang bergaya tanpa menjejaskan keselesaan ketika dalam pergerakan.

 
Koleksi Dravmo yang lengkap – termasuk Tikar Yoga Dravmo dengan Beg Galas  (RM 599), Beg Dufel Dravmo L (RM 1,199) dan Beg Dufel Dravmo M (RM 1,099) – boleh didapati secara eksklusif di BONIA.com bermula 1 Disember 2020.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3

TOUS LES JOURS KINI BERTAPAK DI MALAYSIA: CJ FOODVILLE GANDING BAHU DENGAN STREAM EMPIRE HOLDINGS UNTUK LANCARKAN PENGALAMAN BAKERI PERANCIS-KOREA