COLGATE LANCAR KEMPEN PRIHATIN #SMILESTRONGBERSAMA

 

Colgate-Palmolive Malaysia (Colgate) melancarkan kempen terbaru, #SmileStrongBersama, yang menumpukan kepada usaha menginspirasikan rakyat Malaysia agar sentiasa optimis dalam setiap tindakan dan menyemarakkan sikap positif demi membina masa depan lebih cemerlang yang boleh membuatkan kita semua tersenyum.

Pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai masalah dan mengganggu kehidupan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Bagi mendepani keadaan yang serba tidak menentu, Colgate percaya bahawa sikap optimis adalah perisai terbaik untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

“Di Colgate, kami yakin bahawa semua orang berhak mendapat masa depan yang boleh membuatkan mereka tersenyum walau apa pun cabaran yang melanda. Colgate komited untuk memberi senyuman yang sihat selama 145 tahun, lebih-lebih lagi di dalam keadaan sekarang ini, kami mahu memberikan lebih banyak sebab untuk rakyat tersenyum menerusi kempen #SmileStrongBersama kami. Inilah inti pati kempen kami dan inilah sebabnya kenapa kami melancarkan kempen tersebut iaitu menginspirasikan optimisme menerusi tindakan dan menyemarakkan sikap positif. Colgate yakin bahawa semua rakyat Malaysia mampu untuk sentiasa cekal tersenyum, dalam menghadapi apa jua keadaan serta cabaran yang melanda,” kata See Mei Sin, Pengarah Bersekutu, Pemasaran Penjagaan Mulut, Colgate-Palmolive, Hab ASEAN Selatan.


Kempen ini turut mendapat sokongan pendukung optimisme Malaysia seperti penyanyi rap, Bunga; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif YouthsToday, Jazz Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Biji-Biji Initiative, Juliana Adam; serta Pengasas dan Pengarah Eksekutif Refuge For The Refugees, Heidy Quah.

“Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada mereka yang sentiasa mendukung optimisme di dalam bidang masing-masing. Mereka telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh tersenyum di tengah-tengah kesukaran dan kami mahu terus menyemarakkan lagi semangat ini. Dengan sokongan mereka, kami yakin bahawa kami dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk merenung jauh melangkaui keadaan mereka dan menghulurkan bantuan kepada yang kurang bernasib baik, demi membina masa depan yang lebih cemerlang untuk negara,” tambah See.

Kempen #SmileStrongBersama bukan sahaja dilancarkan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar mengambil langkah positif. Kempen ini turut ingin menukar senyuman menjadi pakej bantuan yang disertakan dengan produk asas penjagaan mulut.

Semasa pandemik, walaupun bantuan makanan, ubat-ubatan dan kewangan adalah sangat penting, namun kita tidak boleh melupakan penjagaan mulut sebagai salah satu keperluan asas paling utama. Senyuman yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita, di mana penjagaan kebersihan mulut yang baik boleh mengekang penyakit sistemik dan masalah kesihatan lain. Kesihatan mulut yang terjejas boleh memberi kesan ke atas kualiti hidup, termasuklah hilang keyakinan diri hingga menjejaskan penglibatan sosial dan peluang pekerjaan. 

“Di Colgate, kami sentiasa berinovasi bagi mencari penyelesaian baru untuk menangani isu berkaitan gigi, dan kami menyedari bahawa kebanyakan masalah mulut boleh dicegah menerusi penggunaan produk penjagaan gigi secara berkesan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, mereka tidak mampu membeli produk tersebut semasa tempoh yang amat mencabar ini. Kempen #SmileStrongBersama memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk saling membantu di antara satu sama lain dengan menyertai kempen ini dan mengukirkan senyuman. Satu usaha optimis yang dilakukan beramai-ramai mampu mewujudkan gelombang perubahan yang kuat. Kita boleh membantu masyarakat yang kurang bernasib baik untuk memenuhi keperluan asas penjagaan mulut mereka bersama-sama” jelas See.

Colgate mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai kempen #SmileStrongBersama dan mengambil tindakan optimis menerusi langkah-langkah berikut: 
  1. Layari @colgate_malaysia di dalam Instagram 
  2. Gunakan filter “Donate A Smile” di dalam bio Colgate 
  3. Tag @colgate_malaysia sebelum membuat hantaran 
Orang ramai turut digalakkan untuk berkongsi kempen ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka kerana bagi setiap lima senyuman yang berjaya dikumpulkan bermakna satu pakej penjagaan mulut akan disumbangkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen #SmileStrongBersama, sila layari laman Instagram rasmi Colgate Malaysia di https://www.instagram.com/colgate_malaysia/


Background photo created by drobotdean - www.freepik.com

Comments

Popular Posts