DISKAUN HEBAT DAN ABAYA PERCUMA DI JUALAN 12.12 MODANISA.COM


Modanisa.com, platform membeli-belah dengan pengkhususan fesyen sopan yang pertama di dunia telah melancarkan jualan 12.12 yang pertama di Asia! Jualan yang berlangsung sehingga 20 Disember ini menyusul selepas pelancaran mayanya di Malaysia di bulan November lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modanisa.com, En. Kerim Türe, syarikat ini tidak membuang masa untuk menakluki pasaran sempena jualan dalam talian yang dinanti-nantikan di Asia. Beliau yakin bahawa jualan tersebut akan menerima sambutan hangat daripada pencinta fesyen sopan di Malaysia dan Asia Tenggara. 

“Para pelanggan di Malaysia, dan juga dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Filipina boleh membuat pilihan daripada ribuan produk yang ditawarkan oleh 800 jenama bertaraf antarabangsa dari Turki pada diskaun dari 50% sehingga 90%, dengan harga selepas diskaun serendah RM12,” kata beliau. 

Tambah Türe: “Kami ingin para pelanggan di Asia untuk menikmati pengalaman membeli busana fesyen sopan yang bergaya dengan harga yang mampu milik dari rumah atau di mana sahaja mereka berada! 

“Tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi semua dan kami ingin memperkasakan golongan wanita di Asia untuk melangkah ke tahun 2021 dengan yakin dan bergaya tanpa perlu memecahkan tabung mereka! Dengan kehadiran kami yang semakin dirasai di rantau ini, kami berharap lebih ramai wanita Asia akan menerima trend terkini dalam fesyen sopan yang ditawarkan oleh Modanisa”. 

Tawaran harian yang mengejutkan dan pemberian abaya percuma

Bagi merancakkan lagi pengalaman membeli-belah, Modanisa.com menyediakan tawaran harian mulai 7 sehingga 13 Disember. Tawaran ini menampilkan pelbagai produk kategori yang berbeza dan produk yang terpilih dengan diskaun yang tinggi, khas buat pelanggan-pelanggan di Asia. 

“Tawaran harian ‘Daily Surprise’ akan berubah pada setiap hari dalam tempoh tawaran tersebut. Para pelanggan akan dimaklumkan melalui akaun media sosial kami tentang produk yang ditawarkan sehari sebelum tawaran diberikan. Jadi, berikan tumpuan anda kepada pengumuman harian di platform media sosial kami untuk merebut tawaran istimewa ini,” tambah Türe.

Selain daripada penghantaran percuma, para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM210 (USD$50) dalam satu resit layak untuk menerima sehelai baju abaya (pakaian tradisional seperti jubah) dengan percuma.

Dari 14 sehingga 20 Disember 2020, pelanggan-pelanggan di rantau Asia berpeluang untuk menikmati penjimatan yang hebat melalui kempen “Spend and Save”, di mana mereka akan menerima kod kupon yang boleh ditebus semasa daftar keluar (checkout). 

“Pelanggan yang berbelanja RM450 akan menerima semula sehingga RM80!” kata Türe.

5 pilihan Modanisa.com yang terbaik 

Modanisa.com, yang menyambut ulang tahun yang ke 10 tahun ini adalah sebuah platform membeli-belah sehenti yang menawarkan 75,000 produk daripada pelbagai kategori. Ini termasuk baju yang sopan, hijab, baju tunik, selendang, tudung kepala, pakaian renang dan pelbagai jenis kasut, beg dan aksesori, sepadan dengan gaya hidup yang sentiasa berubah golongan wanita moden dan sopan dari seluruh dunia. 

“Kepopularitian kategori produk seperti baju, tunik, jumpsuit dan pakaian aktif di kalangan pelanggan kami dari Malaysia telah terbukti. Jadi, mereka boleh menantikan tawaran hebat yang bakal diberikan dalam produk kategori tersebut,” tambah Ture. 

Antara rekaan dan jenama Modanisa yang popular termasuk: 

⮚ Baju tanpa pelapik (unlined) hitam berkolar multi-crew yang anggun daripada Zenane 




⮚ Baju tunik hitam berkolar runcing yang bergaya daripada Tofisa




⮚ Baju rajut kasual berwarna perang ‘mink’ tanpa pelapik berkolar runcing daripada Everyday Basic



⮚ Baju tanpa pelapik berkolar krew berwarna merah tanah ‘terra-cotta’ yang selesa daripada Tavin



⮚ Sut balapan viscose berwarna merah manggis (maroon) daripada Tofisa



Untuk maklumat lanjut tentang Jualan 12.12 dan Modanisa.com sila layari: https://www.modanisa.com/en/ atau muat turun aplikasi melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?