JOE FLIZZOW BIKIN VIDEO MUZIK DENGAN MK DAN JAY PARK?

 

Penyanyi Rap No. 1 Malaysia, Joe Flizzow hari ini memuat naik video-video pendek dalam story Instagram miliknya dengan memaparkan sekumpulan tenaga kerja produksi sedang bersiap untuk penggambaran. 

Menariknya di sebalik rakaman-rakaman pendek tersebut beliau turut memaparkan latar beberapa jentera mewah ‘supercar’ berkilat disinari lampu neon. Berbusana serba hitam dengan gaya ikonik rap tahun 90-an, Joe tampak cukup bergaya mengenakan but kuning Timberland dan pelitup kepala putih ‘durag’, macam gaya dulu-dulu! 

Mengenali figura penyanyi dan pengarah urusan Def Jam Asia Tenggara yang sering berkongsi kehidupan sehariannya dengan beriadah di gimnasium dan kadangkala berkebun pada hari minggu menerusi laman sosial instagram, hari ini kelibatnya di set lokasi penggambaran membuat pengikutnya tertanya-tanya adakah beliau sedang menjalani penggambaran iklan komersil ataupun mungkin sedang menjalani penggambaran muzik videonya yang terbaru? 

Seakan sedang berteka-teki, dalam beberapa siri rakaman video pendek ‘story’ instagram itu juga, kelihatan kelibat penyanyi rap popular atau lebih mudah kita panggil ‘Most Valuable Player – MVP’ dalam industri hiburan tanahair, MK daripada kumpulan K-Clique turut kelihatan bersama dengan Joe dalam rakaman video pendek tersebut. Seakan mengundang kejutan, peminat-peminat MK juga nampaknya mendapat petunjuk-petunjuk yang menggembirakan buat hip-hop Malaysia apabila MK turut sama memuatnaik rakaman video pendek dalam ‘story’ instagram miliknya. Bermula dengan ‘screenshot’ video-call dengan Joe, hinggalah dia sedang bersiap di ruang persalinan, MK juga kelihatan sedang beraksi di hadapan kamera berlatar belakangkan kereta mewah. 

Perkongsian video pendek dan ringkas pada ‘story’ instagram Joe dan MK bagaimanapun telah mengundang banyak persoalan walaupun kebanyakan peminat-peminat hip-hop tanahair seakan-akan sudah mengetahui suatu masa dua bintang besar ini pasti akan digandingkan. Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi pada penghujung siri rakaman video pendek tersebut, Joe Flizzow memuatnaik single yang akan terbit berjudul ‘CIAO’ bersama MK dan penyanyi rap paling popular Korea, Jay Park! Adakah benar kolaborasi besar ini benar-benar jadi? Ya! Kita tunggu saja pengumuman dari Joe sedikit masa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA