JOOX DEDAH TABIAT & CITARASA MUZIK RAKYAT MALAYSIA 2020

 


Tahun 2020 menjadi tahun yang berbeza buat semua orang - dengan banyaknya perubahan dalam kehidupan seharian kita termasuklah corak pendengaran muzik kita. Namun tidak kiralah sejauh mana berubahnya kehidupan kita, muzik akan terus kekal. 

Menjelang akhir tahun 2020 ini, JOOX mendedahkan tabiat dan citarasa muzik rakyat Malaysia sepanjang tahun ini di bawah normal baharu, dengan berkongsi data mengenai penstriman muzik rakyat Malaysia, nyanyian karaoke dan juga tontonan acara secara langsung. Penyanyi atau lagu manakah yang berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia sewaktu setiap orang harus memakai pelitup muka dan apabila konsert fizikal diubah menjadi konsert atas talian demi mematuhi penjagaan jarak sosial yang selamat? Jom kita semak!

Kehidupan mungkin berubah, tetapi muzik akan selalu menjadi sebahagian daripada kehidupan kita

Kehidupan rakyat Malaysia kini telah berubah sepenuhnya, kerana ramai orang menghabiskan lebih banyak masa dengan tinggal di rumah dan juga mengurangkan aktiviti sosial di luar rumah. JOOX mendapati bahawa jam 5 petang setiap harinya masih merupakan waktu puncak rakyat Malaysia mendengarkan muzik, ini mungkin kerana ramai orang memerlukan waktu peribadi untuk merehatkan fikiran setelah seharian belajar atau bekerja. Tabiat muzik lain yang menarik termasuklah:
  • Pengguna JOOX di Malaysia telah mendengarkan lebih daripada 20 lagu sehari secara puratanya
  • Waktu penstriman paling banyak adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, di mana rakyat Malaysia turut ditemani muzik dan acara hiburan di JOOX sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
  • Aktiviti apa yang boleh di lakukan oleh rakyat Malaysia untuk menikmati waku bersendirian di rumah selain menonton filem? Jumlah masa penstriman oleh pengguna JOOX di Malaysia adalah bersamaan dengan menonton semua siri filem superhero sebanyak 1.2 juta kali
Mari kita lihat "Muzik Terunggul 2020", lagu-lagu terbaik yang dimainkan dan mengiringi rakyat Malaysia sepanjang tahun ini!

10 Lagu Paling Banyak Distrim (tanpa urutan tertentu):
  • Sakit – Zynakal 
  • Sakit – ACHEY 
  • Dance Monkey – Tones and I 
  • Memories – Maroon 5 
  • Sumpah – Naim Daniel 
  • Peluang Kedua – Nabila Razali 
  • Hutang – Floor 88 
  • Sumpah – Aina Abdul 
  • Stuck with U – Ariana Grande, Justin Bieber 
  • How You Like That – BLACKPINK 
Selain daripada lagu-lagu terbaik yang distrim oleh pengguna JOOX di Malaysia, berikut adalah senarai ‘Artis Antarabangsa Paling Banyak Distrim, ‘Artis Lokal Paling Banyak Distrim’ dan ‘Artis K-pop Paling Banyak Distrim’ tahun ini!

Artis Antarabangsa Paling Banyak Distrim: 
  • No 1: Alan Walker 
  • No 2: Andmesh Kamaleng 
  • No 3: Ali Gatie 

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim: 
  • No 1: Dato' Sri Siti Nurhaliza 
  • No 2: Naim Daniel 
  • No 3: Ukays 

Artis K-Pop Paling Banyak Distrim: 
  • No 1: BTS 
  • No 2: BLACKPINK 
  • No 3: TWICE 

Data Muzik dan Hiburan – peningkatan jumlah nyanyian karaoke dan acara siaran langsung

JOOX mempunyai pustaka muzik yang luas dengan lebih daripada 30 juta trek, yang membolehkan pengguna menikmati muzik pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pengguna JOOX juga boleh berkaraoke, menonton acara secara langsung, berkongsi senarai lagu kegemaran mereka, merakam dan menyiarkan video, menghantar hadiah serta berinteraksi dengan idola kegemaran mereka melalui fitur Karaoke. Fitur “Quick Sing” terbaharu pula membolehkan peminat muzik menyanyi dan menari mengikut rentak lagu karaoke kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja!

JOOX juga mendapati bahawa semakin ramai pengguna terlibat menggunakan fitur karaoke selama tempoh PKP, dimana lebih daripada 880,000 buah lagu karaoke telah dimuat naik oleh pengguna ke JOOX sepanjang tahun ini.

Di antara 5 lagu paling banyak dinyanyikan, tiga lagu daripadanya merupakan lagu yang paling banyak distrim juga. Nampaknya ramai peminat muzik Malaysia gemar mendengar dan menyanyi bersama idola kegemaran mereka di JOOX!
  • No 1: Peluang Kedua - Nabila Razali
  • No 2: Sakit - Zynakal YonnyBoii
  • No 3: Cinta Sejati - Bunga Citra Lestari
  • No 4: Hanya Rindu - Andmesh Kamaleng
  • No 5: Sumpah - Naim Daniel
Selain daripada fitur karaoke, JOOX juga telah menyiarkan banyak konsert dan acara-acara menarik sepanjang tahun ini buat pengguna setianya. JOOX membawakan persembahan luar biasa dimana hampir 473 acara muzik secara langsung telah disiarkan. Pada bulan Mac lalu, JOOX telah bekerjasama dengan label muzik Universal Music Group untuk membawakan sesi langsung "Stay Home, Stay Tuned" selama dua hari. Artis-artis tempatan yang popular dan baharu dari Universal Music Group telah menyampaikan persembahan muzik secara marathon di JOOX Live dari petang hingga tengah malam.

JOOX juga mendapati bahawa pengguna di Malaysia gemar berinteraksi dengan penyanyi dan peminat karaoke lain di platform ini. Pengguna aktif di platform JOOX telah memberikan lebih daripada 7.4 juta tanda suka (Like) dan 3.4 juta komen sepanjang tahun ini! Terdapat juga pendengar setia yang gemar memberikan hadiah untuk menunjukkan sokongan mereka. Secara keseluruhannya, pengguna di Malaysia telah memberikan hadiah bernilai lebih daripada 8.8 juta JOOX Coin pada tahun ini sahaja!

Program hiburan K-Pop di JOOX membolehkan pengguna berinteraksi dengan idola kegemaran mereka secara atas talian

Apabila menyentuh mengenai selera muzik rakyat Malaysia, genre K-Pop tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja! Selain mendengar lagu K-Pop, pengguna JOOX di Malaysia juga menikmati anugerah muzik K-Pop dan acara siaran langsung lainnya. Pada tahun 2020, JOOX secara eksklusif telah menyiarkan pelbagai acara muzik popular, termasuklah Seoul Music Awards ke-29 (Seoul Music Awards), program pencarian bakat Korea popular "I-LAND", dan Mnet Asian Music Awards (MAMA), sebuah acara tahunan berprestij dalam arena muzik Korea. Bukan itu sahaja, JOOX juga menghasilkan dan menyiarkan program muzik K-Pop "IDOL STATION" buat pertama kalinya, yang membolehkan peminat K-Pop berbual secara langsung dengan idola-idola K-Pop kegemaran mereka secara online!

Tidak kira bagaimana dunia berubah, JOOX akan terus melakukan tanggungjawabnya untuk membawakan pengalaman hiburan muzik tanpa henti pada tahun 2021 dengan pelbagai jenis acara dan program muzik yang lebih menarik untuk anda. Nantikan program-program terbaharu JOOX tahun hadapan!

Dengan lebih daripada 30 juta lagu di perpustakaan muziknya dari seluruh dunia, JOOX membawakan artis, lagu, album kegemaran anda, senarai main dan persembahan secara langsung ke hujung jari anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Nikmatinya sekarang dengan muat turun JOOX melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman web JOOX



Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA