KEMERIAHAN KRISMAS DI ALAMANDA DAN MESRA MALL


Di Alamanda Putrajaya (Alamanda), sambutan Hari Krismas diserikan dengan hiasan yang bukan sahaja menyinari suasana Hari Krismas, tetapi juga sesuai untuk dimuatnaik ke Instagram.
 

Para pengunjung boleh menikmati suasana Hari Krismas yang mempersonakan sambil membeli-belah atau beriadah di Alamanda. Bermula 28 November hingga 27 Disember 2020, pengunjung yang membelanjakan RM500 dan ke atas (tidak melebihi dua resit) di mana-mana kedai khas akan berpeluang memilih bebola hiasan dari Pokok Krismas yang mengandungi baucar hadiah bernilai sehingga RM200 samada dari Pandora, Giordano, Uniqlo, Carlo Rino, Body Shop, Sembonia, Lovely Lace atau banyak lagi, di samping menerima hadiah tambahan bernilai RM193 dari AsterSpring dengan setiap penebusan. 

Pengunjung juga akan menerima hadiah tambahan sekiranya mereka berbelanja pada hari Isnin hingga Khamis, tidak termasuk cuti umum. 



Bermula 1 hingga 25 Disember 2020, Mesra Mall di Terengganu juga turut serta dalam menyambut ketibaan Hari Krismas dengan hiasan Krismas serba sederhana tetapi tidak kurang hebatnya. Di samping itu, bengunjung di Mesra Mall yang membelanjakan RM250 ke atas dalam tidak lebih daripada dua resit di mana-mana kedai khas berhak untuk menebus baucar F&B Mesra Mall bernilai RM20 dari pelbagai kedai yang mengambil bahagian termasuk Secret Recipe, The Chicken Rice Shop, Empire Sushi, Big Apple Donuts dan Rotiboy. ‘Santa Walkabout’ di Mesra Mall akan berlangsung pada Hari Krismas itu sendiri, di mana Santa akan berlegar-legar di sekitar pusat membeli-belah ini sambil mengedarkan gula-gula pada jam 3 petang dan 5 petang. Sesi Secret Santa pula akan berlangsung pada pukul 2 petang pada hari yang sama. 

Untuk maklumat lanjut, layari: www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO