KOLABORASI MOUNTAIN DEW & PUBG MOBILE MERIAHKAN DUNIA GAMING!

 

Skuad, terdapat harta di kaki langit! Mountain Dew®, sebuah jenama yang berakar umbi di dalam sukan elektronik (e-sukan) serta industri dan budaya permainan dalam talian, telah merintis jalan baru dengan pengumuman kerjasama global dengan salah sebuah permainan mudah alih yang paling popular di dunia, PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG MOBILE).

Langkah ini menandakan suatu inisiatif yang penting dalam misi Mountain Dew® untuk meningkatkan inovasi dan memeriahkan industri permainan dalam talian dengan mencapai lebih ramai pemain profesional dan juga peminat e-sukan. Bersama PUBG MOBILE, Mountain Dew® komited untuk menerajui komuniti e-sukan dan memberikan para pemain lebih banyak akses kepada program-program pengaktifan yang unik dan menarik kepada mereka. 

Para peminat dari pasaran antarabangsa yang terpilih, termasuk Malaysia dan Singapura boleh mendapatkan ganjaran dan hadiah-hadiah di dalam permainan dengan pembelian produk Mountain Dew® yang mempunyai tanda khas. Mountain Dew® juga merupakan penaja minuman rasmi untuk kejuaraan PUBG MOBILE Pro League Americas, PUBG MOBILE World League, dan PUBG MOBILE Global Championship dalam tahun 2020. 

“Mountain Dew® telah menjadi sebahagian daripada bidang e-sukan sejak bertahun lamanya dan kami merasa teruja untuk bekerjasama dengan program e-sukan PUBG MOBILE bagi 2020 PUBG MOBILE Pro League Asia Selatan. Kami telah menyaksikan bakat-bakat yang hebat dalam komuniti permainan dalam talian dan kami berhasrat untuk memanfaatkan semangat yang ditunjukkan dalam ekosistem yang terus berkembang ini”, kata Salman Butt – Pengarah Pemasaran Kanan, APAC Pepsico. 

Sejak lebih daripada 15 tahun, Mountain Dew® telah menampilkan jenama yang melambangkan keberanian di dalam dunia permainan dalam talian melalui satu siri kerjasama bersama peneraju industri. Dalam tahun 2017, jenama ini telah menganjurkan DotA 2 Tournament selaras dengan kepopularitian e-sukan di Malaysia dan Singapura. Ia mempunyai matlamat untuk meningkatkan jumlah pemain amatur di dalam negara dan mengangkat Mountain Dew® sebagai jenama perintis di Malaysia untuk menjadi hos kepada pertandingan amatur DotA 2. Kini, Mountain Dew mengukuhkan semula kedudukannya sebagai pusat pengembangan budaya permainan dalam talian melalui kerjasama PUBG MOBILE, dengan melangkaui sempadan yang sedia ada sekarang. 

“Kami merasa teruja untuk berganding tenaga bersama PUBG MOBILE dan kami menanti-nantikan penglibatan pemain-pemain e-sukan yang handal dari Malaysia dan Singapura,” kata Jennifer Lee, Pengurus Pemasaran Minuman PepsiCo. “Mountain Dew® juga telah memperkenalkan PUBG Mobile Dew® Challenge 2020 (yang berakhir pada Januari 2021) dalam Kejuaraan Amatur Terbesar PUBG Mobile di Malaysia dan Singapura yang menampilkan bakat-bakat sebegini untuk bersaing bagi merebut habuan bernilai RM 200,000, di mana RM100,000 adalah untuk juara, RM50,000 untuk naib johan dan RM29,000 untuk pemenang tempat ketiga. Kerjasama global ini membuka halaman baharu dalam inovasi permainan dalam talian dan mendorong usaha kami untuk membakar semangat generasi penggemar e-sukan yang seterusnya dengan program-program pengaktifan yang tiada tolok bandingannya.” 

“PUBG MOBILE dan e-sukan telah memecahkan rekod dengan jumlah peminat-peminat yang besar di seluruh dunia. Bersama Mountain Dew®, kami tidak sabar untuk menyaksikan bagaimana para pemain bersaing untuk menjadi juara,” kata James Yang, Pengarah e-sukan Global PUBG MOBILE. 

“Kami merasa sangat gembira kerana dapat membantu dalam menjalinkan kerjasama di antara Mountain Dew and PUBG MOBILE, dua rakan niaga utama NODWIN Gaming,” kata Akshat Rathee dari NODWIN Gaming, yang memainkan peranan utama dalam melaksanakan kempen dan kerjasama tersebut. “Kepercayaan dalam komuniti permainan dalam talian dan e-sukan antarabangsa yang ditunjukkan oleh Mountain Dew adalah selaras dengan pencapaian PUBG MOBILE yang berskala besar. Kami merasa gembira dengan penglibatan kami dalam meyatukan dua gergasi global dalam kerjasama yang menarik untuk meraikan semangat keterangkuman dalam permainan dalam talian di pasaran antarabangsa.”

Sila layari https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia untuk mendapatkan berita Dew yang terkini.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!