MAINLAND: KEJU DENGAN KHASIAT SEMULA JADI DARI NEW ZEALAND


Berasal dari negara yang memiliki padang rumput yang luas dan kaya dengan sinaran matahari, Mainland sebagai jenama keju terkemuka New Zealand telah membawa masuk keju yang melalui proses pembuatan semula jadi yang terbaik ke Malaysia! 

Warga Malaysia yang gemar kepada kepelbagaian makanan kini semakin sofistikated dalam memilih keju yang baik sebagai ramuan untuk memasak, daripada makanan kegemaran Barat seperti piza, burger dan pasta hinggalah kepada makanan Asia seperti budae jjigae Korea, nasi bakar keju gaya Hong Kong, naan keju, dan pisang goreng keju. 

Walau bagaimanapun, ramai yang mungkin tidak mengetahui bagaimana keju berkualiti tinggi dapat membangkitkan selera, sama ada menikmati keju begitu sahaja atau digabungkan dengan minuman atau makanan kegemaran seseorang! Sebenarnya, ini merupakan salah satu cara termudah dan paling memuaskan untuk menikmati makanan bersama rakan dan keluarga – anda cuma hiris keju dan terus menikmati keenakan tenusu yang tiada tandingan! 

Walaupun keju Mainland boleh digunakan untuk memasak dan digandingkan dengan makanan lain, keju ini juga enak dinikmati dengan begitu sahaja disebabkan oleh rasanya yang segar dan enak. 

Untuk lebih 50 tahun, Mainland telah berpegang pada falsafah “good things take time”. Jenama ini tidak mengambil jalan pintas dalam menghasilkan keju berkualiti dan memakan masa untuk diproses dalam cuaca sederhana dan nyaman sepanjang tahun di New Zealand. Ia menghargai kepakaran yang diwarisi dalam menghasilkan keju 100% semula jadi yang terbaik. Inilah sebabnya mereka masih mengekalkan kaedah menghasilkan keju selama lebih 65 tahun yang diwarisi daripada generasi kepada generasi. 

Proses membuat keju yang bermula sejak zaman dahulu lagi melibatkan pengkulturan susu dengan jenis bakteria tertentu. Mainland adalah antara syarikat keju besar terakhir yang membuat dan membekalkan kulturnya sendiri. Ini penting dalam memberikan rasa yang kompleks kepada keju yang dihasilkan oleh syarikat. Ini bermakna, Mainland mengeluarkan rasa keju yang lebih kaya dan konsisten yang tepat dengan membuatkan keju mengikut proses semula jadi yang sama seperti 100 tahun dahulu. 

“Dengan hanya menyebut ‘New Zealand’ dan kita akan terus dapat menggambarkan persekitaran yang subur dan disinari cahaya matahari dengan udara yang segar dan cuaca yang amat sesuai untuk tanaman dan ternakan. New Zealand juga merupakan satu-satunya tempat di mana lembu-lembu berpeluang meragut rumput yang subur sepanjang tahun. Kelebihan ini membolehkan ternakan di sini menghasilkan susu yang terbaik secara semula jadi,” kata Debbie Van-Niekerk, pakar keju dari Fonterra New Zealand. 

Debbie menjelaskan bahawa lembu-lembu yang diberi makan rumput menjadi kunci kepada keju berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh Mainland. 

“Anda mungkin menyedari bahawa keju Mainland dan keju New Zealand yang lain memiliki warna keemasan yang menarik. Warna ini disebabkan oleh kandungan beta-ceratone. Untuk pengetahuan anda, makanan daripada tumbuhan seperti rumput kaya dengan sumber beta-ceratone. Bahan ini juga merupakan sumber kepada Vitamin A. Oleh itu, produk susu yang dihasilkan oleh lembu-lembu yang meragut rumput ini memiliki konsentrasi nutrien ini yang lebih tinggi.” Debbie menjelaskan. 

“Kami sedar bahawa butiran yang kecil memberikan segala perbezaan dan perkara yang baik memerlukan masa. Itulah sebabnya kami tidak tergesa-gesa dan kami percaya bahawa perhatian dan keprihatinan akan memberikan hasil yang terbaik,” kata Debbie. 

Debbie turut menggalakkan lebih ramai warga Malaysia untuk menikmati keju begitu sahaja dan dimakan bersama buah-buahan, snek atau minuman sebagai pembuka selera yang mewah dan mudah. Bagi tujuan ini, keju perlu berada pada suhu bilik untuk memberi rasa yang terbaik. “Untuk pengalaman untuk menikmati keju yang lebih baik, bersihkan lelangit dan rasa anda dengan adanya minuman – dan rasa keju dari rasa yang kurang hingga yang paling kuat!” 

Kini rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai pilihan keju Mainland termasuk Vintage, Tasty, Colby, Gouda dan Edam. Semuanya enak dinikmati begitu sahaja, digabungkan dengan makanan lain atau digunakan dalam masakan. 


Vintage sebagai contoh merupakan cheddar premium yang dibiarkan matang selama 24 bulan untuk memberikan rasa yang kaya dan penuh berperisa. Rasanya yang manis dan bersalai amat sesuai untuk burger, cecahan keju, pasta, daging atau ayam salai atau dinikmati begitu sahaja untuk kebaikan tenusu yang paling berperisa. 


Keju yang kedua, Tasty, ialah cheddar yang dibiarkan matang selama 18 bulan untuk memberikan rasa yang penuh dengan sedikit rasa buah. Keju ini sesuai dipadankan dengan makanan yang berperisa enak seperti serunding ayam dan rumpai laut kering. 


Colby yang lembut dan manis amat sesuai dipadankan dengan makanan Asia. Keju ini enak dimakan bersama kimchi, jeruk sayuran pedas dan kekacang berempah.
 

Gouda, sejenis keju separa lembut ala Belanda dengan rasa kekacang sangat sesuai dipadankan dengan rempah Sichuan yang dibakar, cili tradisional dan salad cendawan. 


Keju yang terakhir, Edam, memiliki kandungan protein yang tinggi serta rendah lemak dan sesuai untuk vegetarian. Keju ini memiliki rasa manis, lemak dan berkacang dan memberikan rasa enak yang kompleks untuk hidangan atau sos masam manis Asia. 

Anda teringin menikmatinya? Dapatkan keju semula jadi Mainland yang matang secara semula jadi hari ini di pasar raya utama seluruh negara atau dihantar terus ke rumah anda melalui HappyFresh! 



Untuk maklumat lanjut tentang Mainland, sila ‘like’ laman Facebook Anchor Dairy Malaysia di www.facebook.com/AnchorDairyMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!