RAIKAN 2021 DENGAN KONSERT ‘CIAO ERA 2020 BERSAMA JOE FLIZZOW’

Sempena sambutan Tahun Baru 2021, jenama radio ERA menerusi kolaborasi bersama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia bakal menghiburkan para peminat dengan konsert ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’, dibawakan secara langsung pada 1 Januari 2021, jam 9 malam menerusi Facebook Live dan YouTube Live ERA. 

Konsert ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’ bakal menyaksikan kemunculan Joe Flizzow, penyanyi hip hop terkenal dan prolifik, beraksi secara maya bersama kumpulan pemuzik (live band) handalan serta berpadu suara bersama barisan penyanyi-penyayi hip hop tempatan termasuk SonaOne, Azlan & The Typewriter, MC Syze, Adeep Nahar, Yonny Boi dan Zynakal. 

Setelah hampir 22 tahun berada dalam industri, Joe Flizzow bakal membuat persembahan kepada peminat-peminat muzik hip hop di Malaysia dengan lagu-lagu hit seperti Iller iller, Sampai Jadi dan Satu Kali. Manakala gabungan bersama penyanyi-penyanyi hip hop tempatan bakal menyaksikan persembahan lagu-lagu terhebat seperti Apa khabar (SonaOne), Kuasa (Azlan & The Typewriter), Selamba (MC Syze), Sakit (Yonny Boi & Zynakal), dan Apa Benar (Adeep Nahar). 

Para peminat muzik hip hop dijemput untuk menyaksikan konsert ‘Ciao ERA 2020 bersama Joe Flizzow’ serta menantikan persembahan-persembahan bertenaga menerusi Facebook Live dan YouTube Live ERA. Dapatkan maklumat lanjut tentang konsert ini menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram ERA.  

Comments

Popular Posts