SANTA’S SUMMER VACATION @ AVENUE K SHOPPING MALL

 

Avenue K membawakan kelainan dengan tema “Santa’s Summer Vacation” di mana Santa Claus telah bercuti di Avenue K Shopping Mall!


Kemeriahan Krismas masih dirasakan walaupun Santa dan Mrs Claus bersantai di Atrium Avenue K yang telah berubah menjadi pantai tropika yang indah! Anda boleh temui Santa yang sedang berbaring di atas kerusi malas memakai baju ala-Hawaii dan seluar Bermuda di sebelah pokok 15-kaki tinggi yang diperbuat daripada  papan luncur dan dihias dengan lampu-lampu berkerlipan. Mod pengangkutan Santa juga telah berubah daripada kereta luncur salji kepada van retro (buat sementara) yang berwarna merah.


Kelihatan Gingerbread Man sedang terapung di laut bersama si rusa Rudolph dan Mrs Claus yang sudah berpakaian renang. Di tengah-tengah kemeriahan Santa’s Summer Vacation, terdapat gerai-gerai yang menjual barangan untuk persiapan Hari Krismas seperti biskut Famous Amos, barangan hiasan dan hadiah dari Living Cabin, aksesori kalis air dari Hypergear dan banyak lagi kudapan yang enak di gerai Village Grocer.



Avenue K juga telah menjemput Malaysian Official Designers Association (MODA) untuk menjual barangan eksklusif untuk mengumpul dana bagi kempen kesedaran Kanser Payudara.

Pengunjung Avenue K yang berbelanja RM200 dan ke atas, dalam 3 resit pada hari yang sama di mana-mana kedai Avenue K boleh menebus satu tin AK Christmas Cookies. Perkhidmatan membalut hadiah juga disediakan untuk pelanggan yang berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit.


Avenue K turut menyediakan pelbagai aktiviti dan promosi seperti Christmas Caroling, Santa & Santarina Walkabout, sesi berfoto dan banyak lagi.

Jom bercuti bersama Santa & Mrs Clause di Santa’s Summer Vacation @ Avenue K, mulai sekarang sehingga 3 Januari 2021 di Atrium, Aras Bawah. Waktu operasi 10 pagi sehingga 10 malam, setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM