SHOPEE RAIKAN ULANG TAHUN KE-5 DENGAN MEMBANTU KOMUNITI


Selebriti ternama Malaysia seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Neelofa, Erma Fatima, Fahrin Ahmad, Irma Hasmie, Datin Rita Sosilawati dan Zoey Rahman berganding bahu bersama Shopee di 12.12 Jualan Ulang Tahun ini dengan misi untuk membantu komuniti yang terabai di seluruh negara. 

Mereka akan memperjuangkan usaha-usaha yang dekat di hati mereka melalui organisasi seperti SIMPLYSITI Di Hati, Pertubuhan Kasih Neelofa, Dar Ummul Hasanain, Yayasan AIDS Malaysia, Islamic Relief Malaysia, Yayasan Ta'zim dan Ukhwah For Ummah. Inisiatif ini merupakan usaha di bawah inisiatif amal baharu #ShopeeGivesBack yang dilancarkan oleh platform e-dagang tersebut sempena jualan ulang tahunnya yang kelima. Mereka telah berikrar untuk memberi sokongan kepada lebih daripada 30 rumah dan organisasi amal serta mempunyai rancangan untuk meningkatkan lagi komitmen mereka pada tahun 2021.


Inisiatif #ShopeeGivesBack bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan sumbangan kepada pelbagai organisasi kebajikan bagi menyokong usaha masing-masing termasuk penjagaan kesihatan, golongan yang kurang bernasib baik serta komuniti yang terpinggir termasuk haiwan. #ShopeeGivesBack dilancarkan ekoran kejayaan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge dan Shopee MMA Covid-19 Fund. 

Pandemik Covid-19 telah melahirkan cabaran baharu bagi semua pihak termasuk organisasi amal serta organisasi bukan bermotifkan untung. Banyak organisasi seperti ini sedang mengalami kesukaran untuk meneruskan operasi. Antara contohnya ialah Zoo Negara dan Langkawi Wildlife Park; dengan kedua-duanya sangat terjejas oleh wabak tersebut. Mereka amat memerlukan bantuan bagi meringankan beban kewangan untuk menyediakan makanan dan memastikan kesempurnaan penjagaan lokasi dan penjagaan veterinar. Rakyat Malaysia kini mempunyai peluang untuk ‘memelihara’ haiwan menerusi kedai rasmi pusat-pusat hidupan liar ini di Shopee demi membantu mereka untuk terus memulihara dan melindungi populasi haiwan liar. 

Para pengguna Shopee juga boleh menderma kepada MERCY Malaysia di mana hasil kutipan digunakan untuk bantuan perubatan, memastikan keselamatan makanan dan memberi perlindungan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam gelombang penularan pandemik Covid-19. 

Rakyat Malaysia boleh menderma melalui portal dalam aplikasi Deals, Top-ups & Bills atau melayari https://shopee.com.my/m/ShopeeGivesBack 

Jualan Ulang Tahun untuk seluruh rakyat Malaysia: Selain meraih sokongan rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, Shopee bekerjasama rapat dengan jenama, peruncit dan penjual seperti Vinda, realme, Watsons, Unilever, Philips, Pediasure, L'Oreal, Enfagrow, Nivea, OPPO, Dutch Lady, One Plus, QQ Malaysia, Carlo Rino, Nutox, adidas, Photobook, dan Dr Cardin untuk menyajikan perayaan hebat melalui tawaran, baucar, permainan dan hadiah menarik. Mulai sekarang hingga 12 Disember 2020, para pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12 dan tawaran RM1 semasa Jualan Kilat Shocking Sale. 

Bagi mereka yang kurang mahir dalam berkebun, Shopee Farm membolehkan pengguna untuk menyiram pokok digital mereka dan mendapatkan aiskrim FamilyMart! Basque Burnt Cheesecake Sofuto FamilyMart yang lembut boleh didapati setiap hari. Semuanya menjadi lebih menarik pada 12 Disember apabila para pengguna berpeluang menanam dan memenangi sebuah iPhone 12! 

Menggabungkan dua elemen yang paling diminati - permainan dan hiburan, Shopee juga memperkenalkan rancangan permainan langsung baharu, Shopee Kotak Duit yang memberi ganjaran kepada pengguna dengan wang tunai hingga RM12,000. Dihoskan di Shopee Live pada pukul 9 malam setiap hari Isnin hingga Khamis oleh Dato’ Ac Mizal dan Fahrin Ahmad, para pengguna diberi panggilan dan perlu menjawab satu soalan mudah sebelum diberi peluang untuk membuka satu daripada enam kotak yang disediakan. Setiap kotak mengandungi nilai yang berbeza iaitu 12 sen, RM1.20, RM12, RM120, RM1,200 dengan nilai yang tertinggi berjumlah RM12,000. Pengacara rancangan akan menjadikan permainan lebih menarik sambil menghiburkan penonton dengan melibatkan permainan minda bersama peserta. Rancangan permainan ini yang bermula pada 23 November telah memberi ganjaran kepada dua pengguna bertuah dengan masing-masing memenangi wang tunai sebanyak RM12,000. Sesi istimewa juga akan diadakan pada 11 dan 12 Disember. 

Ganjaran menjangkaui platform: ShopeePay hadir di luar talian pada 12.12 Jualan Ulang Tahun ini dengan pulangan wang tunai yang menarik atau diskaun serta-merta hingga RM8 apabila rakyat Malaysia membayar dengan ShopeePay di kedai luar talian yang menerima dompet mudah alih ini. Bayar dengan ShopeePay di restoran kegemaran dan jenama popular seperti Starbucks, Krispy Kreme, Caltex, Mydin, Secret Recipe, Seoul Garden dan banyak lagi! 


12.12 Birthday Bash: Keseronokan diteruskan dengan rancangan countdown langsung Shopee 12.12 Birthday Bash pada 11 Disember dari pukul 9 malam. Disiarkan di Shopee Live, Astro Ria, Astro Gempak dan YouTube, konsert ini dibarisi bintang ternama seperti Sheila Majid, Faizal Tahir, Ruffedge, Misha Omar, Khai Bahar, Maya Karin, Bella Astillah, dan Dolla. Rancangan ini akan dihoskan oleh Dato' Ac Mizal dan Fiza Frizzy yang akan menghiburkan penonton sepanjang malam. Baucar Shopee terhad juga bakal dimenangi. Selain itu, para pengguna berpeluang memenangi 12 juta Syiling Shopee apabila mereka menyertai permainan klasik seperti Goyang Shopee dan Shopee Tangkap. Terdapat juga dua segmen Shopee Kotak Duit dengan hadiah wang tunai bernilai hingga RM24,000 yang akan dimainkan semasa rancangan ini berlangsung. Shopee 12.12 Birthday Bash ditaja oleh adidas, Dr Cardin, Kinohimitsu, P&G, Polo Hills, dan Prudential yang akan memberi tawaran waktu terhad eksklusif dalam rancangan ini. 

Jelas sekali, terdapat pelbagai acara menarik yang diadakan sempena 12.12 Jualan Ulang Tahun ini. Jangan lupa untuk turut serta dalam perayaan ini bersama platform e-dagang nombor 1 dan paling digemari di Malaysia pada 12 Disember ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Ulang Tahun , layari https://shopee.com.my/m/12-12 



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING